AMH gesa menteri dan timbalan menteri BN letak jawatan

ANGKATAN Muda Harapan (AMH) menggesa semua Menteri dan Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan untuk meletakkan jawatan daripada kabinet.

AMH berkata, gesaan itu susulan perkembangan politik terkini menyaksikan BN secara terbuka mengadakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di Johor dan Negeri Sembilan.

“Tindakan BN yang sanggup bekerjasama dengan PN secara terbuka merupakan bukti jelas bahawa BN tidak menghargai kepercayaan serta kedudukan yang diberikan oleh PM kepada mereka dalam Kerajaan Perpaduan.

“Mereka lebih cenderung kepada percaturan politik sempit demi kepentingan jangka pendek,” kata dalam satu kenyataan.

AMH turut menempelak kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan secara terbuka bahawa sokongan pengundi kepada calon BN dan PN di peringkat negeri merupakan medan uji formula dan berpotensi diterjemahkan kepada skala nasional menjelang PRU16.

“Pengakuan Pengerusi BN menunjukkan bahawa kerjasama BN-PN tersebut bukan lagi bersifat sementara atau taktikal, sebaliknya merupakan persediaan ke arah pembentukan jajaran politik baharu yang menimbulkan persoalan serius terhadap komitmen BN dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan sebegini secara jelas menunjukkan bahawa BN ternyata tidak lagi menghargai semangat kerjasama dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan, meskipun memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beberapa jawatan menteri, dan jawatan-jawatan penting lain dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.

Menurut AMH, tindakan BN yang berulang kali menguji kesabaran rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan menimbulkan persoalan serius terhadap komitmen sebenar BN.

“Sehubungan dengan itu, AMH menggesa semua Menteri dan Timbalan Menteri daripada BN meletakkan jawatan dengan kadar segera, agar BN dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengukuhkan kerjasama politik dengan PN dan tidak menjejaskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

”AMH percaya bahawa peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri oleh BN merupakan langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kekeliruan rakyat terhadap modus operandi BN, agar BN boleh menghentikan sikap “talam dua muka.

“Peletakan jawatan para menteri dan timbalan menteri BN turut dapat mengurangkan risiko sebarang percubaan menebuk atap yang boleh menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan, dan memberikan ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuhnya kepada usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu, AMH turut menyatakan hal ini akan memberikan ruang kepada kerajaan menumpukan sepenuhnya kepada usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“AMH percaya bahawa rakyat menginginkan sebuah kerajaan yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, bukannya parti yang sentiasa berpolitik atas nama kaum dan agama demi kepentingan sempit,” ujar kenyataan itu lagi.

Kenyataan bersama tersebut ditandatangani oleh Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan; Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Ho Chi Yang; Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Danish Hairudin dan Pengarah Biro Komunikasi WARDA, Syazana Nasir.

Related Posts

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

KERJASAMA politik antara parti di Malaysia wajar diberikan lebih fleksibiliti selepas pilihan raya bagi membolehkan pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan keputusan mandat rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026