Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

NEW YORK – Malaysia muncul sebagai negara ketiga terbaik di dunia untuk didiami pada 2026, berdasarkan data tahun ini daripada Rumavi Global Relocation Index.

Menurut ranking yang dikeluarkan Visual Capitalist pada Isnin, Malaysia merekodkan skor keseluruhan 72.0, hanya ketinggalan tipis di belakang Estonia yang menduduki tempat pertama dengan skor 72.8 dan Singapura di tempat kedua dengan 72.6.

Ranking itu membabitkan 184 negara dan dinilai berdasarkan 24 ukuran yang merangkumi empat aspek utama iaitu kewangan dan cukai, kebolehdiaman dan kesihatan, keselamatan dan kestabilan serta kemudahan untuk menetap dan peluang.

“Kedudukan tinggi Malaysia dilihat mencerminkan prestasinya dalam beberapa aspek yang menjadi pertimbangan utama untuk kehidupan dan penempatan, termasuk faktor ekonomi, keselamatan serta peluang.

“Estonia yang mempunyai populasi kira-kira 1.3 juta penduduk mencatatkan prestasi amat baik dalam aspek keselamatan dan kemudahan menetap, selain disokong tadbir urus berasaskan kedaulatan undang-undang, ekosistem syarikat pemula yang kukuh serta kadar pengangguran belia yang rendah,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Singapura muncul sebagai negara Asia Tenggara kedua terbaik dalam ranking berkenaan, manakala Malaysia berjaya mengatasi sebahagian besar negara maju dalam senarai tersebut.

Taiwan menduduki tempat kelima dengan skor 71.4, diikuti beberapa negara Eropah serta Asia seperti Lithuania (71.0), Portugal (71.6), Czechia (69.9), Malta (69.8), Brunei (69.3) dan Jepun (69.1).

Eropah menyumbang separuh daripada 20 negara teratas dalam ranking berkenaan, dengan prestasi negara-negara di rantau itu banyak dipengaruhi kualiti penjagaan kesihatan dan tahap kebolehdiaman yang tinggi.

Negara-negara Eropah Selatan dan Timur seperti Bulgaria dan Cyprus yang masing-masing memperoleh skor 69.7 turut mendapat kelebihan daripada faktor kos sara hidup yang secara relatifnya lebih berpatutan berbanding beberapa negara Eropah Utara dan Barat.

Dalam pada itu, negara-negara Afrika mendominasi senarai terbawah dengan 13 daripada 20 negara berada di kedudukan paling rendah.

Afghanistan menduduki tempat terakhir dengan skor 39.5, diikuti Yemen (41.4) dan Sudan Selatan (42.3).

Laporan itu turut menyatakan faktor seperti pemerintahan autoritarian, ketidakstabilan politik, kelemahan institusi negara, hak pemilikan yang lemah serta tahap keselamatan, kesihatan dan kestabilan yang rendah antara penyumbang kepada kedudukan negara-negara terbabit.

“Amerika Syarikat pula mencatat kedudukan ke-107 daripada 184 negara dengan skor 60.0, sekali gus berada dalam kelompok separuh terbawah ranking.

“Negara itu ketinggalan di belakang Kanada (66.8), United Kingdom (65.8), India (60.6) dan Brazil, meskipun masih mencatat prestasi baik dari segi pendidikan, peluang perniagaan dan keusahawanan.

“Kos sara hidup yang tinggi bagaimanapun memberi tekanan terhadap penilaian Amerika Syarikat dalam aspek kesihatan, kebolehdiaman, keselamatan dan kestabilan,” menurut laporan itu lagi.

Visual Capitalist berkata, kedudukan yang agak rendah itu tidak menghalang Amerika Syarikat daripada terus menjadi destinasi pilihan pendatang, dengan lebih 1.3 juta pendatang baharu dari luar negara direkodkan pada 2025.

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan 1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan 1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026