Aminuddin tawar pelabuhan, perindustrian  baharu di Linggi

PORT DICKSON – Pembangunan sebuah pelabuhan dan kawasan perindustrian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi bagi memangkin pertumbuhan ekonomi selain membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan menjadi tekad utama Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, sekiranya diberi mandat lagi.

Beliau yang merupakan Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, agenda pembangunan baharu itu disifatkan bakal mengubah landskap kawasan Linggi yang akan memberi kesan positif yang baik kepada penduduk di kawasam terbabit.

Menurut calon DUN Linggi itu, segala perancangan yang dibawa bukan sekadar janji manis dalam pilihan raya, sebaliknya tindakan terbabit adalah berpandukan rekod pencapaian kerajaan sepanjang mentadbir negeri.

“Sebuah pelabuhan akan ada, kawasan perindustrian akan ada. Ini satu pembaharuan di Linggi yang akan kita laksanakan sekiranya diberi mandat.

“Saya tidak berjanji kosong. Apa yang kita laksanakan hari ini adalah bukti. Sejak saya menjadi Ahli Parlimen dan sebelum itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen di sini, banyak perkara telah berjaya dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan ke-16 di Port Dickson, pada Sabtu.

Mengulas mengenai cabaran bertanding di kawasan baharu, beliau mengakui persaingan bukan sesuatu yang mudah, namun menyifatkannya sebagai tanggungjawab yang sanggup dipikul demi memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Saya pasti banyak cabarannya. Saya tidak kata ia mudah, tetapi ini satu cabaran. Saya sendiri menawarkan diri kepada kepimpinan untuk bertanding di Linggi dan saya bersedia memperjuangkan nasib rakyat di kawasan ini,” katanya.

Aminuddin berdepan penyandang kerusi DUN Linggi, Datuk Faizal Ramli daripada Barisan Nasional (BN), serta calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Zamri Md Said.

Untuk rekod, pada PRN Negeri Sembilan 2023, DUN Linggi dimenangi Faizal Ramli d dengan majoriti 1,461 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Julai sebagai hari penamaan calon, 28 Julai bagi pengundian awal dan 1 Ogos sebagai hari pengundian.

Related Posts

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan dan menjejaskan kesihatan serta keselamatan penduduk. Pejabat Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Padah simpan tenggiling, beruk, lelaki dipenjara 60 bulan

TAWAU – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 60 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki seekor tenggiling dan beruk tanpa kebenaran yang sah. Jufrie Abu, 42, dijatuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM