Mama, saya jumpa PMX! – Kisah Qais terima RM10 raih perhatian netizen

NILAI – Perkongsian seorang ibu mengenai keterujaan anak lelakinya yang berpeluang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Penghulu Menteri Sungei Ujong (Masjid Kuarters KLIA), dekat sini, mencuri perhatian warga maya.

Menerusi hantaran di Facebook, Nur Huda Faujan berkongsi detik manis apabila anaknya, Qais, pulang dari kelas KAFA dengan wajah penuh kegembiraan sambil memberitahu dia baru sahaja bertemu Perdana Menteri.

“Mama, saya jumpa PMX tadi dekat masjid,” cerita Qais sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, namun pada mulanya ibunya sukar mempercayai cerita itu.

Keterujaan Qais semakin jelas apabila dia mengeluarkan sekeping wang RM10 yang diterimanya daripada Perdana Menteri.

Bagi memastikan cerita anaknya benar, Nur Huda segera menyemak laman Facebook rasmi Anwar Ibrahim sebelum mendapati Perdana Menteri memang berada di Nilai semalam bagi menghadiri program di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Qais turut berharap gambarnya dirakam oleh jurugambar rasmi Perdana Menteri kerana melihat beberapa pegawai mengambil gambar ketika sesi beramah mesra bersama jemaah.

Lebih mencuit hati, Qais sempat bertanyakan soalan santai kepada Anwar.

“Saya salam dia, saya tanya Datuk, Argentina ke Spain? Datuk jawab Spain,” katanya penuh teruja.

Menurut Qais lagi, dia turut bertanya kepada seorang pegawai mengenai wang yang diterimanya.

“Saya tanya, ini duit siapa? Pegawai dia kata duit Datuk. Datuk bagi sedekah budak-budak sebab hari ini hari Jumaat,” cerita Qais.”

Apabila ditanya sama ada semua orang menerima pemberian itu, Qais hanya menjawab ringkas bahawa dia tidak pasti.

Nur Huda turut bertanya mengapa anaknya begitu bersemangat untuk bersalaman dengan Perdana Menteri.

“Saya tengok dekat TV dan Facebook, orang selalu salam-salam kalau ada orang datang,’ jawab Qais dengan jujur,” tulis Nur Huda lagi.

Malah, apabila ibunya memuji keberaniannya, Qais menjawab bersahaja, ‘Saya memang berani pun tanya-tanya, borak-borak’.

Menurut Nur Huda, masjid berkenaan terletak bersebelahan Sekolah Agama Rakyat (SARA) Kuarters KLIA yang dihadiri Qais, malah sebahagian kelas turut menggunakan bangunan masjid.

Dia menyifatkan pertemuan itu sebagai rezeki buat anaknya yang kebiasaannya menunaikan solat Jumaat di masjid lain berhampiran kawasan perumahan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut menumpang gembira melihat gelagat spontan Qais. Rata-rata menyifatkan pengalaman itu sebagai kenangan yang akan terpahat dalam ingatan kanak-kanak itu sampai bila-bila.

Ramai juga memuji keberanian Qais yang selamba berbual dengan Perdana Menteri, selain menyifatkan momen itu sebagai pengalaman istimewa yang bukan semua kanak-kanak berpeluang rasai.

Related Posts

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

KUNAK – Tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih hak Sabah dan isu yang masih belum diselesaikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperjuangkan oleh Kerajaan Sabah. Ketua Menteri Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16