Persidangan Media Sarawak 2026 bincang transformasi media era digital

KUCHING – Landskap digital kini telah mengubah peranan pengamal media yang bukan hanya sekadar melaporkan berita atau mengurus reputasi organisasi, sebaliknya menjadi barisan hadapan dalam menghadapi peperangan maklumat serta menangani penularan berita tidak sahih.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, negara perlu terus mengimbangi hak kebebasan bersuara dengan tanggungjawab sosial bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kestabilan negara kekal terpelihara dalam era penyebaran maklumat digital yang semakin mencabar.

“Cabaran utama ketika ini ialah penyebaran maklumat yang dilihat lebih mengutamakan algoritma, yang mana ini sekali gus menuntut semua pihak mempertahankan kesahihan ketika meyampaian maklumat,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Media Sarawak (SMeC) Ke-3 di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, SMEC 2026 yang dianjurkan kali ini bertemakan “Media, Trust and Governance in a Rapidly Evolving Digital World” bagi menghimpunkan pengamal media termasuklah organisasi dan jabatan-jabatan untuk membincangkan isu tadbir urus media, komunikasi beretika serta perkembangan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI).

Mengulas lanjut, Abdullah menambah fenomena mengejar populariti di media sosial turut menyumbang kepada penyebaran kandungan sensasi dan berita yang tidak lengkap atau belum disahkan, sehingga menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi awam dan swasta.

Menurut beliau, keadaan itu turut memberi cabaran besar kepada para pengamal media khususnya yang berfaftar dan profesional kerana perlu bersaing dengan algoritma media sosial yang dilihat lebih mengutamakan kadar interaksi (engagements) berbanding kesahihan maklumat.

Beliau berkata semua pihak perlu memanfaatkan Akta Keselamatan Dalam Talian sebagai instrumen penting untuk meningkatkan integriti ketika menyampaikan maklumat, di samping memperkukuh komunikasi bagi mengekang penularan maklumat palsu.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok