Super El-Nino: PM arah KPKM pastikan pengeluaran makanan kekal terjamin

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil langkah awal bagi menghadapi kemungkinan fenomena Super El Nino yang diramalkan melanda negara bermula November ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyediakan pelan mitigasi dengan kadar segera.

Beliau berkata, persediaan itu penting bagi memastikan pengeluaran makanan negara tidak terjejas, selain melindungi kepentingan petani yang berisiko menerima kesan akibat cuaca ekstrem.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 1 Tahun 2026, hari ini.

Dalam mesyuarat sama, kerajaan turut meneliti cadangan memperkukuh kerjasama sektor perikanan antara Malaysia dengan Thailand bagi meningkatkan bekalan makanan dan memperkasa industri perikanan negara.

“Saya mengarahkan KPKM untuk memuktamadkan perkara ini dengan segera melalui saluran yang sewajarnya, tanpa berkompromi terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan.

“Libat urus berterusan juga mesti dilaksanakan bersama komuniti nelayan agar produk mereka dapat memenuhi piawaian ditetapkan,” katanya.

Anwar berkata, mesyuarat itu turut memberi tumpuan kepada strategi memperkukuh sektor agromakanan negara menerusi peningkatan daya saing rantaian bekalan makanan serta usaha memperbaiki taraf hidup petani, pesawah, penternak dan nelayan.

Beliau berkata, kerajaan komited mempercepat penggunaan teknologi moden, inovasi dan amalan pertanian terbaik bagi meningkatkan produktiviti pengeluar tempatan, sekali gus memastikan bekalan makanan negara kekal stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat.

Related Posts

Netizen puji PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Netizen puji PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen puji PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat