Tengku Zafrul tekad terus dekati rakyat, optimis PH miliki kelebihan di Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 di Dataran Melang sebagai petanda semangat perpaduan dan sokongan rakyat terhadap gabungan itu terus kukuh.

Beliau berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan lapisan usia pada program tersebut memberikan keyakinan bahawa semangat kebersamaan masih utuh menjelang hari pengundian.

“Melihat suasana seperti ini, kita tahu semangat perpaduan itu masih kuat. Terima kasih kepada semua yang hadir, khususnya warga Kuala Pilah. Semoga semangat yang ditunjukkan malam ini terus berkekalan hingga hari mengundi,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Tengku Zafrul, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadiri majlis berkenaan sejurus selepas menerima kunjungan pemimpin itu di kediaman keluarganya di Kampung Parit, Kuala Pilah.

Beliau menyifatkan kunjungan Anwar ke rumah yang menjadi tempat beliau membesar sebagai satu kenangan yang amat bermakna.

“Banyak kenangan saya di rumah ini. Dari kecil membesar di sini, tak sangka suatu hari nanti Perdana Menteri pula datang berkunjung,” katanya.

Tambahnya lagi, perjalanan kempen masih panjang dan PH akan terus mendekati rakyat, mendengar pandangan mereka serta memberikan perkhidmatan terbaik.

“Insya-Allah kami akan terus turun padang, mendengar dan berkhidmat sebaik mungkin. Semoga Negeri Sembilan terus maju, makmur dan sentiasa dipenuhi semangat perpaduan,” katanya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam