Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

SIBU – Bukit Lima Nature Reserve hari ini mencatat satu lagi pencapaian apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Largest Protected Urban Peat Swamp Nature Reserve’, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai rizab alam semula jadi paya gambut bandar yang dilindungi terbesar di Malaysia.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyampaian sijil pengiktirafan itu yang diserahkan oleh pegawai rasmi MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Residen Bahagian Sibu, Superi Awang Said serta Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation (SFC) merangkap Kontroler Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi, Abang Arabi Abang Aimran.

Rizab alam semula jadi seluas 301 hektar atau 744 ekar itu turut mencipta keunikan tersendiri apabila mempunyai keluasan hampir dua kali ganda berbanding Hyde Park di London dan kira-kira 15 kali lebih besar daripada KLCC Urban Park, menjadikannya antara kawasan hijau bandar yang signifikan di rantau ini.

Terdahulu, Abang Johari menyertai program brisk walk sejauh 1.2 kilometer di laluan pejalan kaki yang disediakan di Bukit Lima Nature Reserve. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee serta barisan kenamaan lain.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyaksikan pelepasan seekor tenggiling sebagai simbol komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh usaha pemuliharaan hidupan liar serta memelihara biodiversiti negeri.

Sebagai simbolik kepada usaha menghijaukan kawasan bandar dan memelihara ekosistem, Premier turut menyempurnakan penanaman anak pokok di Bukit Lima Nature Reserve yang dikenali sebagai ‘Green Lung’ Sibu.

Foto: UKAS

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Ng Suee Lim nasihat penduduk waspada susulan puting beliung di Tanjong Karang

Ng Suee Lim nasihat penduduk waspada susulan puting beliung di Tanjong Karang

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM