Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

BATU PAHAT – Beberapa nelayan di sini mendakwa isu kutipan wang perlindungan bulanan bukan lagi rahsia di kalangan nelayan, perbuatan ‘salam kaut’ segelintir agensi penguat kuasa di laut tidak ubah seperti kongsi gelap yang menjejaskan pendapatan mereka mencari rezeki yang halal.

Dia yang yang mahu dikenali sebagai Rashid, 45, sudah lebih 20 tahun menjadi nelayan persisir pantai sekitar Senggarang mengakui kegiatan rasuah membabitkan anggota agensi penguatkuasa sudah lama berlaku.

Katanya, amalan sokongan itu membabitkan pengusaha bot pukat tunda dan segelintir anggota penguat kuasa bagi mengelakkan tindakan dikenakan terhadap kesalahan di laut.

“Rasuah ini berlaku dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Ada yang dilakukan di darat menerus pemindahan wang ke dalam akaun bank dan ada yang serahkan duit di laut.

“Ia bergantung juga bentuk kesalahan dilakukan nelayan. Lagi besar kesalahan dilakukan maka lagi besar ‘ufti’ perlu dibayar. Kerasukan penguatkuasa menyebabkan nelayan kecil menjadi mangsa sehingga hilang punca pendapatan nelayan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Rashid yang merupakan bekas anggota tentera berkata, ketamakan sebahagian agensi penguatkuasa menyebabkan hasil tangkapan kini merosot dengan ketara apabila spesies hasil laut bernilai tinggi di persisiran pantai hampir tidak lagi diperoleh sejak kira-kira empat bulan lalu.

“Bila dilindungi, bot pukat tunda sudah berani untuk menangkap ikan di zon larangan seperti ditetapkan Jabatan Perikanan Malaysia. Kalau mereka ini tidak dijaga, mustahil mereka sesuka hati masuk sebab takut dengan pihak berkuasa tapi apa yang berlaku ketika ini adalah sebaliknya.

“Semua kesalahan ini mengundang gejala rasuah apabila berlaku ‘tawar menawar’ bagi menyelesaikan kes tanpa dibawa ke mahkamah atau didakwa mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya.

Bagaimanapun, Rashid menegaskan dakwaan itu hanya membabitkan segelintir anggota penguat kuasa dan tidak wajar mencemarkan imej keseluruhan agensi kerana masih ramai pegawai yang menjalankan tugas dengan amanah serta berintegriti.

“Hanya segelintir sahaja yang melakukannya namun ia menyebabkan nama agensi ‘busuk’. Saya kenal ramai anggota penguat kuasa yang amanah dan jujur. Anggota terbabit menjalankan tugas dengan berintegriti dan menolak rasuah apabila ada yang menawarkan wang.

“Ramai yang bersungguh-sungguh bertugas mematahkan penyeludupan rokok dan dadah selain mengambil tindakan terhadap bot nelayan  yang menceroboh dan langgar undang-undang.

“Malangnya, ada juga yang ‘cari makan’ dengan mengugut tauke kapal nelayan bermasalah. Dalam masa sama, ada juga pemilik kapal nelayan yang menawarkan suapan bulanan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi nelayan yang mahu dikenali sebagai Zulkifli, 37, berkata, rasuah di lautan juga berlaku terhadap bot nelayan yang menggunakan pukat tunda di kawasan zon diharamkan.

“Malangnya tiada tiada tindakan tegas diambil bagi membendung nelayan pukat unda yang semakin ramai terutamanya di Senggarang. Ada yang dakwa mereka membayar rasuah tapi tidak pasti kepada siapa. Selain Penggarang kebanyakan aktiviti haram ini dilakukan bot pukat tunda dari Rengit dan Penggaram.

“Kasihan nelayan persisir pantai apabila spesies ikan kecil seperti bawal habis ‘disapu’ bersih pukat tunda. Akibatnya jumlah tangkapan semakin berkurangan akibat semuanya dikaut pukat tunda. Pukat ini merosakkan ekosistem laut, kawasan habitat ikan dan menjejaskan pendapatan nelayan tempatan,” katanya.

Bot besar tidak hanya menjejaskan mata pencarian nelayan kecil malah mengakibatkan kemusnahan teruk pada ekosistem laut.

Penggunaan pukat tunda bukan sahaja merosakkan landskap dasar laut malah memerangkap dan membunuh sebahagian besar anak ikan atau benih spesies berkualiti seperti senangin, bawal, tenggiri dan sotong.

Mengikut Pekeliling 2014, pengusaha vesel pukat tunda yang menceroboh kawasan perairan nelayan tradisional (Zon A) boleh dikenakan hukuman berat dengan menggantung lesen sehingga setahun dan lesen tidak boleh dipindah milik selama lima tahun serta kompaun sehingga RM12,000.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta