Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru hidup dalam dua serbuan di Sitiawan, Manjung, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek berusia 29 tahun itu diberkas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak menerusi dua serbuan berasingan pada 1 Julai, hasil risikan berterusan pihak polis.

“Serbuan pertama kira-kira jam 7.15 malam di kawasan Taman Terus Maju, Sitiawan membawa kepada penahanan suspek yang berada di dalam sebuah kereta Proton Wira.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan tiga paket plastik berwarna merah mengandungi bahan disyaki dadah jenis MDMA seberat 66.64 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Kampung Cina, Sitiawan yang dipercayai didiami suspek.

Katanya, pemeriksaan di dalam rumah peninggalan keluarga suspek menemukan 12 paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki ketamin seberat 64.30 gram.

“Pemeriksaan lanjut di sebuah pondok kayu di bahagian belakang rumah itu pula menemukan satu objek menyerupai pistol, tujuh laras menyerupai senapang dan dua laras menyerupai busur silang.

“Turut dirampas 208 butir peluru hidup serta lapan kelongsong peluru,” katanya.

Mohd Alwi berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM6,547 dan dipercayai boleh digunakan oleh kira-kira 100 penagih.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek bergerak secara solo dan menjual sendiri bekalan dadah secara terus kepada pengguna.

Beliau berkata, suspek turut mengaku menyimpan objek menyerupai senjata api itu sebagai koleksi peribadi kerana minat terhadap senjata, namun polis tidak menolak kemungkinan barangan berkenaan diperoleh dari kawasan sempadan.

“Semua objek dan komponen menyerupai senjata itu akan dihantar ke Jabatan Forensik bagi mengenal pasti sama ada ia berfungsi dan boleh digunakan dengan peluru hidup yang dirampas,” katanya.

Tambah beliau, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis ketamin.

Dalam tindakan lanjut, polis turut menyita wang tunai RM720 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan sebanyak RM7,267.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah, manakala rampasan melibatkan objek menyerupai senjata dan peluru hidup disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 serta peruntukan berkaitan lain.

Suspek direman selama enam hari bermula 2 Julai hingga 7 Julai bagi membantu siasatan, dan polis akan memohon sambungan reman sehingga siasatan selesai.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan