Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

KENYATAAN anak kepada Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan harapan rakyat untuk melihat bapanya bebas, mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan sebahagian pengundi di negeri itu.

Pemerhati politik, Norman Radzuan berkata, berdasarkan pemerhatian dan maklum balas yang diterima sehingga lewat malam semalam, ramai rakyat Johor meluahkan rasa tidak senang apabila pilihan raya negeri dikaitkan dengan usaha membebaskan Najib, berbanding memberi tumpuan kepada isu kebajikan dan kos sara hidup rakyat.

Norman mendakwa antara reaksi yang diterimanya ialah daripada seorang mekanik motosikal yang berkata, mereka akhirnya sedar mengapa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bersungguh mahu mengadakan pilihan raya.

“Pengguna media sosial juga meluahkan kemarahan terhadap naratif berkenaan, dengan sebahagian daripada mereka menegaskan bahawa pengundi Johor tidak mudah dipermainkan.

“Seorang abang mekanik motor beritahu, dia (Onn) ingat orang Johor ini bodoh sangat ke. kami hairan tiba-tiba pilihan raya rupanya Menteri Besar guna rakyat Johor nak lepaskan Najib, bukannya nak lepaskan masalah rakyat yang masih ramai dalam kemiskinan,” katanya dalam satu ulasan di Facebook.

Menurut Norman, dapatan kajian yang dibuat hingga 11 malam tadi, ribuan rakyat Johor berang dan menzahirkan di semua platform. ‘Orang Johor bukan sebodoh disangka’ denfan segala cacian dilemparkan.

“Bila Onn menggunakan rakyat Johor konon rindukan Najib, graf sokongan kepada Umno Johor jatuh teruk. Pengundi bukan Melayu dari kaum Cina dan India sangat berang bila undang-undang negara seolah dipermainkan,” katanya.

Katanya lagi, ramai mula mempersoalkan tujuan sebenar PRN Johor diadakan, jika ia dilihat lebih tertumpu kepada isu pembebasan Najib berbanding usaha menyelesaikan masalah rakyat

“Tanda tanya kejutan pilihan raya mengejut ini rupanya bukan untuk membela rakyat tetapi hanya untuk membela Najib Razak yang dianggap pemimpin paling korup dalam sejarah dunia moden.

“Sinis seorang bangsa Johor di kedai kopi. ‘Rompak harta rakyat untuk keluarga hidup senang sampai ke anak cucu cicit, kemudian keluarga mereka pergunakan rakyat nak bebaskan bapa dia…?’,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, jika BN menang besar di Johor, ia menjadi isyarat bahawa rakyat bukan sahaja menyokong BN, tetapi juga masih mengharapkan Najib Razak dapat bersama semula dengan rakyat.

“Kalau BN menang besar, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong BN dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat.

“Kalau ada yang nak letak jawatan, lebih baik letak jawatan sekarang. Tak payah tunggu kita menang,” katanya.

Related Posts

Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming bahawa kelewatan gabungan itu mengeluarkan manifesto pada Jumaat memberi kesan kepada calon dan pengundi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Md Ysahrudin tawar lima tekad demi pembangunan Bukit Naning

MUAR – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni menawarkan lima tekad sebagai komitmen untuk membina ‘Bukit Naning Makmur’ sekiranya diberi mandat pada Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah