Onn Abu Bakar tawar 6 tekad buat penduduk DUN Senggarang

BATU PAHAT – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar menggariskan enam tekad utama dalam membawa perubahan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan berkenaan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, enam tekad tersebut merangkumi aspek infrastruktur asas, pemerkasaan ekonomi tempatan, pendidikan dan kebajikan rakyat.

Menurut beliau, antara keutamaan akan diberi perhatian ialah usaha menambah baik liputan Internet dan telekomunikasi di taman perumahan, kampung dan kawasan luar bandar bagi memastikan akses digital lebih berkualiti dan menyeluruh.

“Tekad kedua ialah menaik taraf lampu jalan terutama di kawasan kampung bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko jenayah dan kemalangan.

“Dalam aspek pembangunan fizikal, kita usaha mempercepatkan naik taraf jalan raya, longkang dan sistem saliran akan diberi penekanan bagi mengurangkan kesesakan, banjir kilat dan impak air pasang besar,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui pada program santai bersama anak muda dan warga Parit Botak, pada Khamis.

Dalam pada itu, Onn berkata, pihaknya turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi tempatan menerusi sokongan kepada usahawan, peniaga, nelayan, petani dan pekebun melalui latihan, pembiayaan dan peluang perniagaan.

Bagi agenda pembangunan modal insan, beliau berkata peluang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan digital dan kecerdasan buatan (AI) akan diperluaskan untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing.

“Saya juga akan memperkasa Pusat Khidmat Rakyat kerana kawasan Batu Pahat luas, dari Rengit dan Senggarang nak pergi ke pusat khidmat sedia ada jauh, kadang-kadang mengambil masa dekat sejam untuk ke tempat saya.

“Selain itu juga, saya akan memastikan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan golongan memerlukan tidak tercicir daripada bantuan,” katanya.

DUN Senggarang yang mempunyai 38,576 pemilih berdaftar menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Onn, calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Mohd Yusla Ismail daripada Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi berkenaan.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas