Jadikan suasana balik mengundi semeriah pulang berhari raya, ambil peluang jadikan detik satukan keluarga

BATU PAHAT – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar menyeru suasana balik mengundi oleh rakyat Johor di perantauan diraikan semeriah seperti tradisi pulang berhari raya yang menyatukan semula keluarga

Beliau berkata, hari pengundian wajar dijadikan detik istimewa untuk menghimpunkan ahli keluarga yang sudah lama berjauhan, selain menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi menentukan masa depan negeri.

Menurut Onn, ramai anak Johor yang bekerja atau menetap di luar negeri jarang berpeluang pulang kerana tuntutan kerjaya dan hari pengundian boleh dijadikan medan mahupun platfrom dalam mengeratkan semula hubungan kekeluargaan.

“Kalau boleh pada 11 Julai ini anggaplah seperti Hari Raya. Baliklah berjumpa ibu, ayah dan adik-beradik yang sudah lama tidak ditemui. Sambil berkumpul dengan keluarga, jangan lupa tunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

“Jadikan kepulangan itu bukan sahaja membawa kegembiraan kepada keluarga, tetapi juga memberi makna kepada masa depan Johor,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui pada program santai bersama anak muda dan warga Parit Botak, pada Khamis.

Beliau berharap semangat pulang mengundi seperti suasana Hari Raya dapat dibudayakan dalam kalangan anak perantau pada setiap pilihan raya kerana setiap undi yang dibuang mampu mencorakkan masa depan kawasan serta menentukan hala tuju pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen mengakui tidak semua pengundi mempunyai peluang untuk pulang kerana berdepan  dengan pelbagai kekangan termasuk kesukaran memperoleh cuti serta berdepan faktor kewangan.

“Kita tidak boleh buat paksanaan kerana ada pengundi yang sibuk dengan urusan masing-masing, selain susah dapat cuti, kekangan kewangan namun sekiranya ada peluang, pulanglah dengan hati yang gembira. 

“Anggaplah ia seperti pulang berhari raya kerana kita bukan sahaja dapat bertemu keluarga, malah turut melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dalam menentukan masa depan negeri,”katanya.

DUN Senggarang yang mempunyai 38,576 pemilih berdaftar menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Onn, calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Mohd Yusla Ismail daripada Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi berkenaan.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Related Posts

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

BATU PAHAT – Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang meletakkan harapan tinggi kepada calon Pakatan Harapan (PH) Senggarang, Onn Abu Bakar, untuk menjadi pemangkin kepada kemajuan sektor pertanian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

BATU PAHAT – Pengalaman luas Calon Pakatan Harapan (PH) Onn Abu Bakar sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat dilihat sebagai satu nilai tambah kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

Sepanyol mudah atasi Austria 3-0, mara ke pusingan 16 terbaik

Sepanyol mudah atasi Austria 3-0, mara ke pusingan 16 terbaik

Akar umbi BN Senggarang kempen undi calon PH, Onn ucap terima kasih