Akar umbi BN Senggarang kempen undi calon PH, Onn ucap terima kasih

BATU PAHAT –  Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Senggarang, Onn Abu Bakar mengalu-alukan peralihan sokongan daripada jentera Barisan Nasional (BN) di kawasan itu yang didakwa menggesa penyokong dan akar umbi parti itu memberikan undi kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau menyifatkan sebarang sokongan yang diberikan oleh BN sebagai penghargaan terhadap rekod khidmatnya kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

“Saya ada menerima maklumat, melihat (media melaporkan) di telefon saya bahawa anggota UMNO mula boikot (calon BN, Mohd Yusla Ismail) tetapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau sebaliknya. Apa yang saya harapkan ialah pengundi atas pagar membuat keputusan terbaik pada saat akhir.

“Kalau mereka mahu melakukan perubahan, saya amat mengalu-alukan sokongan itu dan mengucapkan terima kasih,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui pada program santai bersama anak muda dan warga Parit Botak, pada Khamis.

Onn yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat memaklumkan, pihaknya tidak pernah membezakan kebajikan serta permasalahan rakyat berdasarkan fahaman politik, kaum atau agama ketika menyalurkan bantuan serta menyelesaikan masalah masyarakat setempat sepanjang berkhidmat di kawasan terbabit.

Beliau percaya pengundi di DUN Senggarang kini semakin matang dalam membuat penilaian dan tidak lagi terikat sepenuhnya kepada sentimen kepartian, sebaliknya memberi keutamaan kepada rekod perkhidmatan serta keupayaan seseorang calon menyelesaikan masalah rakyat.

“Sepanjang berkhidmat di Parlimen Batu Pahat ini saya tidak menganggapkan orang yang bukan daripada parti PH ni seperti UMNO dan lain-lain ni sebagai lawan. Saya anggap mereka sebagai kawan.  Saya pun tidak tanya apa latar belakang (politik) mereka, agama apa, kulit apa,” katanya.

Sehubungan itu, dakwaan supaya penyokong dan pengundi BN beralih arah kepadanya diharapkan dapat diterjemahkan pada hari pengundian pada 11 Julai nanti

Sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, beliau memaklumkan, keutamaannya adalah meneruskan khidmat kepada seluruh penduduk tanpa mengira latar belakang politik.

“Sekiranya benar seperti yang tertulis, saya mengucapkan terima kasih. Bagi saya, keutamaan tetap untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat di Senggarang, tanpa mengira siapa yang mengundi saya atau parti yang mereka sokong

“Kalau saya menang pun mereka (pengundi UMNO dan parti lain) ini memang saya akan jumpa juga di Batu Pahat. Saya tetap akan berjumpa dan membantu semua golongan termasuk ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang sakit tanpa mengira parti politik.

Terdahulu, TMP melaporkan berlakunya penolakan terhadap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Mohd Yusla Ismail dan menggerakkan sokongan kepada Onn.

Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh beberapa cawangan di DUN Senggarang selepas hilang keyakinan terhadap Mohd Yusla susulan beberapa janji kepada rakyat yang didakwa gagal ditunaikan.

Menurut beliau, kekecewaan itu menyebabkan jentera di peringkat cawangan tidak lagi aktif membantu kempen calon daripada BN, sebaliknya beralih arah berkempen agar undi diberikan kepada Onn.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu