PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) berhasrat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi di Johor menerusi perancangan ekonomi yang lebih tersusun dan strategik demi agenda pembangunan mampan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai potensi besar untuk digilap, namun kaedah pentadbirannya perlu ditambah baik supaya tidak hanya tertumpu kepada daerah tertentu sahaja.

Menurut beliau, antara fokus utama PH adalah memastikan rakyat Johor tidak lagi bergantung kepada pekerjaan di Singapura dengan menyeberangi Tambak Johor setiap hari semata-mata untuk mencari rezeki.

“Pelaburan yang dibawa masuk ke Johor perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan berkualiti dengan tawaran gaji setimpal berdasarkan kelayakan akademik dan kemahiran tenaga kerja tempatan.

“Kita mahu memastikan pelaburan yang masuk ke negeri Johor mampu diterjemahkan kepada gaji yang setimpal dengan kelayakan akademik serta kemahiran tinggi anak-anak muda tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Jelajah Johor Ke Depan Undi Harapan di pekarangan Pekan Senggarang, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata Johor mencatatkan jumlah pelaburan yang tinggi tahun lepas iaitu RM101 bilion, namun kadar penciptaan peluang pekerjaan baharu dilihat masih rendah berbanding Selangor.

“Pelaburan tahun lepas di Selangor RM83 oilion tetapi kita cipta 60,000 peluang pekerjaan baru, (manakala) di Johor lebih rendah, mungkin tidak sampai 30,000 atau 10,000 atau kurang.

“Kejayaan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan bergaji tinggi itu membuktikan formula pentadbiran PH berkesan dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Amirudin berkata, aekiranya PH diberi mandat untuk mentadbir, gabungan itu akar memastikan pelaburan berimpak tingg diselaraskan dengan sokongan kerajaar Persekutuan, melalui inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (S-SEZ) yang dapat mencipta peluang pekerjaan bergaji tinggi.

Amirudin berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan PH kelak, akan mengamalkan strategi kepimpinan terbuka, bagi memastikan Johor muncul sebagai permata selatan yang menjadi kebanggaan Malaysia dan rakyatnya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, PH turut komited memastikan pembangunan dan kemajuan ekonomi diagihkan secara lebih seimbang ke seluruh daerah termasuk Rengit, Senggarang dan Kluang.

“Keadilan ekonomi bermaksud setiap rakyat tanpa mengira lokasi perlu menikmati peluang pembangunan serta kemudahan infrastruktur yang sama rata.

“Komitmen PH adalah untuk memastikan tiada lagi daerah yang terpinggir daripada arus perdana kemajuan negeri Johor yang mempunyai potensi pasaran ekonomi yang sangat luas,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia