Jika menang, pusat khidmat DUN Senggarang akan dibuka – Onn

BATU PAHAT – Sebuah Pusat Khidmat DUN Senggarang akan dibuka oleh calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, pusat khidmat sedia ada terletak di DUN Penggaram menyebabkan penduduk Senggarang dan Rengit terpaksa mengambil masa antara 25 hingga 40 minit untuk mendapatkan perkhidmatan.

Sehubungan itu, katanya, insiatif terbabit akan memudahkan penduduk setempat mendapatkan pelbagai bantuan tanpa perlu ke Bandar Penggaram.

“Sekiranya saya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, bilik gerakan PH di Taman Senggarang Jaya akan dijadikan Pusat Khidmat DUN Senggarang bagi memudahkan urusan permohonan bantuan, termasuk bantuan persekolahan dan kebajikan.

“Warga Senggarang tidak perlu lagi ke Penggaram untuk memohon bantuan kerana pusat khidmat akan berada di Senggarang sendiri. Begitu juga penduduk Rengit boleh mendapatkan perkhidmatan di sini.

“Sementara menunggu pembukaan pusat khidmat di Rengit sekiranya calon PH, Suraya Yaakob, turut memenangi kerusi DUN Rengit,” katanya ketika menyampaikan ceramah Jelajah Johor Ke Depan Undi Harapan di pekan Senggarang, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Onn berkata, hasrat bertanding di DUN Senggarang adalah bagi memperluaskan akses perkhidmatan kepada penduduk di kawasan Parlimen Batu Pahat yang merangkumi DUN Penggaram, Senggarang dan Rengit.

Beliau turut mengakui beberapa kemudahan asas di Senggarang memerlukan perhatian segera termasuk kerja menaik taraf sistem perparitan, menceriakan kawasan pasar dan pekan Senggarang.

“Sepanjang lebih tiga tahun menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat, pelbagai sumbangan telah disalurkan di kawasan Senggarang, termasuk RM20,000 kepada Masjid Senggarang, RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan Senggarang, RM20,000 kepada Tokong Cina Timur Parit Bakis serta RM90,000 untuk Parit Bakis.

“Bagaimanapun, sebarang permohonan bantuan sepanjang tempoh berkempen perlu dibuat melalui Pusat Khidmat Parlimen Batu Pahat bagi mengelakkan timbul dakwaan menawarkan imbuhan yang boleh dikaitkan dengan pembelian undi,” katanya.

Pada masa sama, Onn turut menyifatkan Batu Pahat, khususnya DUN Senggarang sebagai kawasan yang mempunyai hubungan antara kaum yang baik apabila masyarakat pelbagai kaum hidup dan bergaul secara harmoni.

“Indeks perkauman di Parlimen Batu Pahat adalah yang paling rendah sekali. Kita boleh lihat bagaimana kedai berbilang kaum, ada orang cina, ada Melayu dan India, malah Orang Asli makan roti bakar bersama. Itu hebatnya parlimen batu pahat dan DUN Senggarang,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia