Dari sijil ke PhD: Elia Nadira mahu bawa semangat menuntut ilmu demi masa depan Tenang

LABIS – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.05 DUN Tenang, Elia Nadira Sabudin berkata perjalanan hidupnya daripada pemegang sijil sehingga kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) menjadi bukti bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha yang berterusan, kesabaran dan kesungguhan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah kelompok bersama penduduk di Kampung Tenang, pada Selasa.

Menurut beliau, setiap perjalanan besar bermula dengan satu langkah kecil dan pengalaman tersebut membentuk dirinya untuk terus berusaha memperbaiki diri serta tidak pernah berhenti menimba ilmu.

“Saya bermula dari bawah, melanjutkan pengajian sedikit demi sedikit dan hari ini sedang berusaha menamatkan pengajian di peringkat PhD. Perjalanan ini mengajar saya bahawa tiada kejayaan datang dengan mudah. Semuanya memerlukan usaha, kesabaran dan semangat untuk terus belajar,” katanya.

Elia Nadira turut berkongsi bahawa penglibatannya dalam dunia politik bermula seawal usia 18 tahun ketika masih menyambung pengajian. Sejak itu, beliau melihat politik sebagai medan untuk berbakti kepada masyarakat dan bukannya sekadar mengejar jawatan.

Beliau berkata, politik seharusnya menjadi wadah untuk mendengar denyut nadi rakyat, memahami keperluan mereka serta membawa perubahan yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

“Sejak berusia 18 tahun saya mula mengenali dunia politik. Saya percaya politik bukan sekadar tentang jawatan, tetapi tentang khidmat, mendengar suara rakyat dan membawa perubahan yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya lagi.

Mengulas mengenai hasratnya sekiranya diberikan mandat oleh pengundi, Elia Nadira berjanji akan membawa semangat yang sama dalam melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat dengan mengutamakan keikhlasan, mendengar setiap suara rakyat dan berusaha mencari penyelesaian terbaik terhadap setiap isu yang dihadapi penduduk.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan sesebuah kawasan memerlukan kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat, sekali gus mengajak warga DUN Tenang untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih baik.

“Insya-Allah, jika diberi kepercayaan, saya mahu membawa semangat yang sama dalam berkhidmat kepada warga DUN Tenang. Bekerja dengan ikhlas, mendengar dengan hati dan berusaha mencari penyelesaian terbaik.

“Tenang dengan HARAPAN, masa depan kita bina bersama,” katanya.

Related Posts

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

BATU PAHAT – Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang meletakkan harapan tinggi kepada calon Pakatan Harapan (PH) Senggarang, Onn Abu Bakar, untuk menjadi pemangkin kepada kemajuan sektor pertanian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

BATU PAHAT – Pengalaman luas Calon Pakatan Harapan (PH) Onn Abu Bakar sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat dilihat sebagai satu nilai tambah kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti