Mencari ‘Hamzah’ di dalam UMNO

PAS mempunyai sejarah hitam tersendiri. Yang paling terkini adalah apabila parti itu berjaya memecahkan sebuah parti besar yang pernah memerintah negara ini.

Demikian kata penganalisis politik, Borhan Ahmad mengenai nasib yang diterima oleh Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti itu berpecah belah apabila timbalannya bertindak melawan beliau dan akhirnya terpaksa dipecat oleh Bersatu.

Turut dipecat adalah ramai ahli Parlimen yang menyokong Hamzah.

Padahal sebelum ini mereka semua mendapat peluang menjadi wakil rakyat hasil usaha Muhyiddin.

Hinggalah Bersatu hanya tinggal beberapa ahli Parlimen sahaja yang masih setia. Semuanya gara-gara Hamzah.

Usaha untuk memecahkan Bersatu mula menampakkan wajahnya apabila Presiden Pas sendiri mencadangkan agar timbalan Muhyiddin, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjadi Ketua Pembangkang.

Padahal ketika itu, Muhyiddin ada. Kalau Muhyiddin adalah calon perdana menteri untuk Perikatan Nasional (PN), kenapa beliau tidak dinamakan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang.

Sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau adalah Ketua Pembangkang.

Muhyiddin tentu terkedu ketika nama Hamzah dicadangkan oleh Hadi sebagai Ketua Pembangkang. Kenapa beliau tidak dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang? Kenapa timbalannya yang dinamakan.

Mungkin menghormati Hadi ketika itu, Muhyiddin tidak terkata apa-apa. Terima sajalah cadangan itu walaupun beliau sangat terkejut. Maka Hamzah dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Namun Muhyiddin silap. Itulah permulaan permainan Pas untuk menguasai Bersatu melalui timbalan beliau sendiri. Selepas itu, semuanya menjadi sejarah.

Hari ke hari, Hamzah yang ke depan dan menguasai kebanyakan ahli Parlimen Bersatu. Hinggalah akhirnya, berlaku apa yang berlaku ke atas Bersatu. Sebahagian besar ahli Parlimennya menyokong Hamzah yang disokong dari belakang oleh Pas.

Kini, menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, Pas bersungguh benar mahu bersama dengan UMNO. Naib Presiden dan Setiausaha Agung Pas dihantar berjumpa dan merisik UMNO.

Bekas Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa yang kini AJK Pas Pusat pula menjadi jambatan utama. Annuar sudah pasti kenal UMNO sedalam-dalamnya.

Sudah tentu beliau kenal siapa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, siapa timbalan beliau Datuk Seri Mohamad Hasan.

Annuar Musa juga pasti kenal siapa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani, siapa bekas pemimpin UMNO yang masih berpengaruh seperti Khairy Jamaludin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pas sedar, musuh dan saingannya dalam politik adalah UMNO. Selagi UMNO kuat dan bersatu, selagi itulah Pas tidak boleh menguasai keseluruhan orang Melayu dan Islam. Untuk menguasainya, sebagaimana Pas menguasai PN, UMNO perlu dipecahkan sebagaimana Bersatu.

Pas juga tentu sedar, halangan utama usahanya untuk bersama UMNO adalah perebutan kerusi yang sama di dalam pilihan raya.

Pemimpin UMNO sentiasa berhujah, kita tidak boleh bersama dengan Pas kerana kita menyasarkan orang yang sama. Kita merebut kumpulan masyarakat yang sama iaitu Melayu Islam. Padahal jika bersama PH, itu tidak berlaku. Masing-masing ada kumpulan sasar yang jelas.

Jadi untuk meleraikan ketakutan itu, Pas menghantar bekas Setiausaha Agung UMNO. Pas memberikan gambaran bagaimana jika mereka bersama, ketakutan UMNO itu tidak akan berlaku bahkan memberikan manfaat yang jauh lebih besar kepada UMNO.

Maka digambarkan bahawa, Pas akan membantu UMNO mengekalkan penguasaannya di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. UMNO juga dibayangkan akan mempunyai wakil rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, empat buah negeri yang kini dikuasai Pas sepenuhnya.

Pas juga membayangkan mereka akan bersama-sama memerintah Perak, Pahang bahkan boleh jadi Selangor jika mereka bersama-sama.

Yang paling tinggi sekali adalah, Pas membayangkan, pemimpin UMNO bakal menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ke-16 nanti.

Dengan gambaran sebegitu, sudah tentu UMNO yang selama ini takut untuk bekerjasama dengan Pas akan hilang ketakutan itu. Yang dibayangkan adalah kebahagiaan apabila mereka bersama.

Inilah yang sudah berlaku. Atas dasar itulah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tidak segan silu untuk menjerkah pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang melahirkan rasa tidak senang dengan kerjasama antara Pas dan UMNO di Johor.

“Kenapa pimpinan PH pula yang ‘sentap’ dan ‘meroyan’? kasar kenyataan Asyraf, yang selama ini menjadi orang kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PH yang lain.

Asyraf tidak sedar apa yang sedang disusun oleh Pas. Kenapa Pas tidak sedikit pun merasa malu untuk mendekati UMNO sedemikian rupa sehingga sanggup menjilat ludah mereka sendiri selama ini yang dihalakan kepada UMNO.

Cuba ingat kembali, apa yang tidak dinyatakan oleh pemimpin Pas kepada UMNO dari yang tertinggi hingga yang terkebawah.

Kenapa tiba-tiba Pas berubah, lembut gusi dari lidah terhadap UMNO sehingga pemimpin UMNO lupa apa yang berlaku kepada Bersatu.

Selepas UMNO termakan dengan segala janji dan carta serta hasil kerjasama yang diplotkan oleh Pas, kini Pas sudah tentu sedang mengenal pasti, siapakah ‘Hamzah’ di dalam UMNO.

Selepas menemuinya, tunggulah masa dan saatnya. Ketika itu, Rumah Bangsa yang dibina oleh Zahid entah ke mana, UMNO entah ke mana. Rumah Bangsa boleh jadi hanya kuburan untuk UMNO sahaja.

Related Posts

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

MUAR – Pengundi diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik sabotaj digital berikutan terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon untuk menyebarkan fitnah sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara