RCI TH untuk pulihkan keyakinan umat Islam, perbaiki tadbir urus – Penganalisis

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) bukan ditubuhkan untuk membuka aib umat Islam atau menjadikan institusi berkenaan sebagai bahan politik, sebaliknya bagi memperbetulkan kelemahan tadbir urus yang berlaku sebelum ini.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, RCI perlu dilihat sebagai mekanisme untuk memperbaiki pengurusan TH, terutama berhubung kelemahan tadbir urus dan kemungkinan campur tangan politik dalam institusi yang berkait rapat dengan kepentingan umat Islam itu.

Beliau berkata, isu TH tidak sepatutnya dilihat semata-mata daripada sudut agama atau bangsa sehingga menjadikan sebarang usaha membongkar kelemahan pengurusannya sebagai tindakan membuka aib umat Islam.

“Apabila RCI TH ditubuhkan pada tahun lepas, ia adalah untuk membetulkan keadaan yang salah, terutama sekali dari segi salah tadbir ataupun pada ketika itu tidak diketahui, ada berlaku isu rasuah.

“Tetapi salah tadbirnya memang dikatakan amat nyata sekali dan penubuhan RCI itu bukan untuk membuka aib umat Islam,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Jumaat.

Azmi berkata, dakwaan bahawa pendedahan berkaitan RCI boleh menjejaskan bantuan kerajaan kepada bakal jemaah haji juga tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menolak usaha memperbaiki tadbir urus TH.

“Kalau itu betul maksudnya penubuhan RCI untuk membunuh ataupun membantutkan bantuan kerajaan terhadap mereka yang mahu mengerjakan ibadah haji, saya pasti itu bukan tujuan sebenarnya.

“Tujuan sebenarnya adalah untuk memperbaiki urus tadbir TH kerana ada banyak cacat cela, terutama sekali apabila ada campur tangan politik dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini mendakwa isu salah laku di TH diberi perhatian berlebihan kerana institusi berkenaan membawa jenama Islam, malah mendakwa ‘jenama Islamnya menjadi sasaran’.

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan segelintir pihak dibesarkan sehingga mencetuskan keaiban terhadap Melayu dan Islam, sedangkan salah laku yang berlaku dalam institusi perniagaan milik kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain didakwa tidak diberikan perhatian sama.

Azmi berkata, apabila isu TH digunakan sebagai modal politik oleh mana-mana pihak, perkara itu dikhuatiri mengalih perhatian daripada tujuan sebenar RCI, iaitu memastikan institusi berkenaan mempunyai tadbir urus yang lebih baik.

“Isu TH ini digunakan sebagai modal politik bagi sesetengah orang. Tapi saya masih yakin bahawa ia dibongkarkan bukan untuk membuka aib orang Islam, bukan untuk menjatuhkan orang Islam, tetapi memperbaikinya lagi supaya kita menjadi lebih baik.

“Urus tadbirnya menjadi lebih baik,” katanya.

Menurutnya, TH sememangnya mempunyai kedudukan istimewa dalam kalangan umat Islam kerana peranannya membantu rakyat Malaysia membuat persediaan menunaikan ibadah haji.

Namun, katanya, kedudukan itu tidak bermakna isu berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH tidak boleh dibincangkan secara terbuka, khususnya jika terdapat kelemahan yang perlu diperbetulkan.

“Kalau setiap kali kita lihat daripada sudut agama ataupun bangsa maka sukarlah dikatakan senario politik negara dalam hal ini, bila dikaitkan dengan agama, umpamanya ia menjadi begitu sensitif walaupun ia tak ada kena-mengena dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan lebih matang diperlukan dalam membincangkan isu TH supaya kepentingan pendeposit dan bakal jemaah haji terus menjadi keutamaan, bukannya kepentingan politik mana-mana pihak.

Azmi menegaskan, segala kelemahan yang dikenal pasti melalui RCI sepatutnya dijadikan asas untuk melakukan pembaharuan dan memperkukuh institusi berkenaan demi kepentingan umat Islam pada masa hadapan.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana