Anwar kecam Israel teruskan projek penempatan E1, ancam masa depan Palestin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel mengeluarkan tender pembinaan bagi projek penempatan E1 di timur Baitulmaqdis yang disifatkan mengancam kelangsungan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Anwar berkata, kawasan berkenaan amat penting kepada kebolehlaksanaan sebuah negara Palestin kerana pembinaan penempatan di situ berpotensi memisahkan Tebing Barat sekali gus menjejaskan usaha mewujudkan wilayah Palestin yang bersambung.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel mengeluarkan tender pembinaan bagi projek penempatan E1.

“Tanah di timur Baitulmaqdis ini sejak sekian lama penting kepada kelangsungan sebuah negara Palestin. Pembinaan di kawasan ini akan memisahkan Tebing Barat dan menjejaskan secara serius prospek sebuah tanah air Palestin yang bersambung,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Anwar, penempatan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, namun Israel terus bertindak tanpa menghiraukan kecaman serta pendirian masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata, keputusan terbaharu itu dibuat ketika keganasan peneroka terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat semakin membimbangkan, selain konflik dan krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.

“Keputusan ini menunjukkan rejim Israel telah meninggalkan segala kepura-puraan untuk mencari keamanan atau menghormati kehendak masyarakat antarabangsa,” katanya.

Anwar menegaskan Malaysia akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin serta mempertahankan hak mereka yang tidak boleh dinafikan untuk memiliki sebuah negara Palestin yang berdaulat, berdaya maju, bersambung dan merdeka.

Pada masa sama, beliau memberi amaran bahawa Malaysia akan mengambil perhatian terhadap mana-mana syarikat antarabangsa yang memilih untuk menyertai tender berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Malaysia akan mengambil perhatian serius terhadap mana-mana syarikat antarabangsa yang memilih untuk menyertai tender ini dan akan bertindak sewajarnya,” katanya.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana