Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

SHAH ALAMEkonomi Selangor terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila berkembang kepada RM460.1 bilion pada 2025, sekali gus menyumbang 26.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia berdasarkan laporan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dikeluarkan semalam.

“Nilai ekonomi Selangor meningkat sebanyak RM28 bilion berbanding tahun sebelumnya, sekali gus merekodkan pertambahan terbesar berbanding mana-mana negeri di Malaysia.

“Pencapaian itu turut mengatasi unjuran kajian yang dilaksanakan Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Selangor Research Institute (SRI), yang sebelum ini menganggarkan ekonomi Selangor berkembang kepada sekitar RM455.3 bilion.

“Prestasi ini meningkatkan sumbangan Selangor kepada KDNK Malaysia daripada 26.2 peratus kepada 26.5 peratus. Saiz ekonomi Selangor kini adalah 1.7 kali lebih besar berbanding Kuala Lumpur dan 2.7 kali lebih besar berbanding Johor,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial pada Khamis.

Amirudin berkata, Selangor turut mencatat kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.3 peratus pada 2025, mengatasi kadar pertumbuhan ekonomi negara yang direkodkan pada 5.2 peratus.

Beliau menjelaskan pertumbuhan itu didorong oleh pengembangan tiga sektor utama, iaitu sektor perkhidmatan yang meningkat sebanyak RM15.9 bilion, sektor pembuatan RM5.3 bilion dan sektor pembinaan RM3.7 bilion.

“Prestasi itu mencerminkan peranan Selangor sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara, disokong oleh kekuatan sektor industri, perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur yang terus berkembang,” katanya.

Amirudin berkata, pencapaian berkenaan membuktikan dasar pembangunan serta strategi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan negeri terus membuahkan hasil, sekali gus mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai enjin utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar