Pengecualian fi ATM RM1 libat hampir 16,000 mesin di seluruh negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pengecualian fi RM1 bagi pengeluaran tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai memberi manfaat kepada pengguna rangkaian ATM bank, membabitkan kira-kira 84 peratus atau hampir 16,000 mesin di seluruh negara.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi mengurangkan beban pengguna, manakala baki kira-kira 16 peratus ATM yang dikendalikan pengusaha bebas tidak termasuk dalam pelaksanaannya.

Beliau berkata, penjelasan itu dibuat susulan kebimbangan yang dibangkitkan orang ramai di media sosial mengenai pelaksanaan inisiatif berkenaan.

“Saya telah berhubung dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan penjelasan dan asasnya pengecualian fi ini bertujuan memberi sedikit kelegaan kepada rakyat melalui rangkaian ATM antara bank yang menyertai sistem perkongsian,” katanya pada Sidang Media Mingguan, Angkasapuri, pada Rabu.

Fahmi berkata, pelaksanaan pengecualian fi itu hanya membabitkan ATM milik bank yang menyertai rangkaian perkongsian.

Beliau berkata, ATM yang dikendalikan pengusaha bebas beroperasi di bawah model komersial berbeza dan tidak termasuk dalam skop pengecualian berkenaan.

“Pengumuman ini terpakai bagi ATM milik bank yang menyertai rangkaian perkongsian. Manakala ATM yang dikendalikan pengusaha bebas tidak termasuk dalam pengecualian ini,” katanya.

Beliau berkata, Association of Banks in Malaysia (ABM) dan Association of Islamic Banks in Malaysia (AIBIM) dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan inisiatif tersebut.

Menurutnya, pengguna boleh mengenal pasti ATM milik bank melalui logo bank yang dipaparkan pada mesin berkenaan, berbanding mesin yang dikendalikan pihak ketiga.

“Sekiranya ada mana-mana pengguna mendapati masih dikenakan fi RM1 bagi pengeluaran di ATM milik bank, mereka boleh membuat laporan kepada BNM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar