Johor maju bukan sekadar Johor Bahru, Labis dan Tenang jangan terus dipinggirkan – Elia Nadira

TENANG – Calon Pakatan Harapan (PH) N.05 Tenang, Elia Nadira Sabudin berkata, sudah tiba masanya kawasan luar bandar seperti Tenang, Labis dan Bekok diberikan perhatian serta pembangunan yang lebih seimbang, bukannya hanya tertumpu kepada kawasan bandar utama.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu ceramah kelompok di Tenang Stesen apabila berkongsi luahan hati seorang penduduk masyarakat India yang ditemuinya sepanjang kempen.

Menurut Elia, penduduk itu meluahkan rasa kecewa apabila melihat pembangunan di kawasan mereka yang masih jauh ketinggalan walaupun Johor sering digambarkan sebagai sebuah negeri yang pesat membangun.

“Ada penduduk India di Tenang Stesen ini berkata kepada saya, ‘Kata Johor maju, tapi Labis, Bekok, Tenang… apa pun tak ada maju.’ Luahan itu cukup menyentuh hati saya kerana ia menggambarkan realiti yang dirasai oleh rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata persepsi umum terhadap kemajuan Johor sering hanya tertumpu kepada Johor Bahru, sedangkan masih banyak kawasan lain yang mempunyai potensi besar tetapi kurang diberi perhatian.

“Bila orang sebut Johor, kebanyakan orang terus teringat Johor Bahru. Tetapi bagaimana pula dengan Labis, Bekok dan Tenang? Kawasan ini juga sebahagian daripada Johor dan mempunyai pelbagai potensi yang boleh dimajukan. Malangnya, potensi itu masih belum dimanfaatkan sepenuhnya,” ujarnya.

Elia menegaskan bahawa pembangunan yang adil bukan sekadar membina projek mega di bandar, sebaliknya memastikan masyarakat luar bandar turut menikmati kemudahan asas, peluang ekonomi, pelaburan serta infrastruktur yang mampu meningkatkan taraf hidup penduduk.

Menurut beliau, sekiranya diberi mandat oleh rakyat, beliau akan terus membawa suara masyarakat Tenang ke peringkat kerajaan agar pembangunan dapat diagihkan secara lebih saksama tanpa mengira lokasi.

Katanya, setiap rakyat Johor berhak menikmati hasil pembangunan negeri, termasuk penduduk di Labis, Bekok dan Tenang yang telah lama menantikan perubahan.

Beliau turut mengajak pengundi di N.05 Tenang untuk bersama-sama mencipta perubahan dengan memilih kepimpinan yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat serta komited memperjuangkan pembangunan yang inklusif demi masa depan kawasan itu.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu