BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor

BATU PAHAT – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa langkah penurunan harga petrol dan diesel tanpa subsidi serta BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang bermula 1 Julai oleh Kerajaan Persekutuan adalah bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor.

Beliau menegaskan, pelaksanaan dasar itu bukan keputusan yang dibuat susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sebaliknya sudah dirancang lebih awal sebagai sebahagian daripada pelaksanaan berfasa rasionalisasi subsidi bahan api oleh Kerajaan MADANI.

Menurutnya, tarikh pelaksanaan BUDI MADANI Diesel pada 1 Julai telah ditetapkan beberapa bulan lalu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perjalanan kempen PRN Johor yang sedang berlangsung.

“Ini tiada kaitan dengan pilihan raya negeri (Johor) sebab dasar ini memang telah pun dirancang sejak sekian lama dan perancangan untuk memulakan BUDI Diesel 1 Julai ini bukannya ditentukan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Ia telah pun ditetapkan beberapa bulan yang lalu. Jadual perancangan kita memang 1 Julai. Jadi kebetulan ini adalah Pilihan Raya Negeri, Jadi ini bukan soal sebab pilihanraya baru kita buat ini. Memang dasar kerajaan untuk merasionalisasi subsidi ini telah pun bermula sejak tahun lalu yang dilaksana perancangannya secara berfasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) selepas Ceramah Pakatan Harapan (PH) DUN Penggaram di Miao Huang Restoran yang turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Felicia Poh Rui Ling, pada Selasa.

Terdahulu, selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi bagi minggu ini diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

Bagi tempoh itu, harga runcit RON97 diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM4.00 seliter manakala harga runcit RON95 tanpa subsidi diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM3.37 seliter selain harga runcit diesel tanpa subsidi pula diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM3.97 seliter.

Harga runcit petrol dan diesel bagi minggu ini diumumkan pada Selasa bagi menyelaraskan tempoh harga baharu dengan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) mulai 1 Julai 2026.

Dalam pada itu, Anthony berkata, pendekatan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menguruskan sumber kewangan negara secara lebih berhemah, di samping memastikan hasil negara dapat dimanfaatkan secara optimum untuk kepentingan rakyat serta ketirisan dapat dihapuskan, termasuk penyalahgunaan yang mengakibatkan manfaatnya turut dinikmati pihak di luar negara.

Justeru, beliau yang juga Menteri Pengangkutan menyeru agar rakyat, khususnya pengundi di Johor dapat menilai manfaat dasar berkenaan untuk kesan jangka panjang dan prestasi pentadbiran kerajaan, bukannya melalui lensa politik semata-mata.

“Akhirnya yang penting kita harap rakyat di seluruh negara termasuk di Negeri Johor dapat melihat yang pentingnya ialah keinginan politik negara dan Kerajaan MADANI pada hari ini untuk menguruskan sumber kewangan kita, sumber asli kita dengan lebih baik.

“Untuk pastikan segala kebaikan itu bertumpu kepada rakyat negara kita dan tidak ada ketirisan kepada negara luar. Jadi ini yang kita buat. Dan kita harap bahawa ini juga sebahagian daripada prestasi kerajaan persekutuan yang boleh dinilai oleh pengundi-pengundi di Johor.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari