Tinjauan Merdeka Center: Anwar kekal mendahului, 52 peratus rakyat puas hati prestasi Kerajaan

KUALA LUMPUR– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin politik paling mendapat sokongan rakyat apabila mencatat kadar penarafan positif sebanyak 52 peratus, menurut tinjauan terbaharu Merdeka Center yang dikeluarkan pada Khamis.

Tinjauan yang dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April lalu itu turut menunjukkan 42 peratus pengundi Malaysia berpendapat negara berada di landasan yang betul walaupun berdepan ketidaktentuan global serta cabaran ekonomi.

Menurut Merdeka Center, peratusan tersebut kekal tidak berubah berbanding tinjauan yang dijalankan pada Disember 2025 dan Februari 2026.

“Sentimen positif terhadap hala tuju negara berbeza mengikut kumpulan etnik, dengan 50 peratus responden Cina menyatakan negara menuju ke arah yang betul, diikuti 39 peratus responden Melayu dan 33 peratus responden India.

“Dari segi umur, golongan muda berusia 21 hingga 30 tahun mencatat tahap keyakinan tertinggi apabila 57 peratus menyatakan negara berada di landasan yang betul, manakala kumpulan berusia 51 hingga 60 tahun paling kurang optimis dengan hanya 32 peratus,” katanya.

Tinjauan itu turut mendapati 50 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Persekutuan, berbanding 48 peratus yang menyatakan sebaliknya.

Mengikut pecahan etnik, katanya, bumiputera Muslim dan bukan Muslim dari Sabah dan Sarawak merekodkan tahap kepuasan tertinggi sebanyak 68 peratus, diikuti responden Cina (53 peratus), India (46 peratus) dan Melayu (44 peratus).

“Golongan muda berusia antara 21 hingga 30 tahun sekali lagi mencatat tahap kepuasan tertinggi terhadap kerajaan apabila 64 peratus menyatakan sokongan,” katanya.

Dalam masa sama, Merdeka Center memaklumkan sokongan terhadap agenda reformasi institusi kekal kukuh, termasuk cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun,

“Termasuk pemisahan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, serta pelaksanaan pilihan raya secara langsung bagi Datuk Bandar Kuala Lumpur,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, sokongan terhadap reformasi politik tersebut menunjukkan hanya perbezaan kecil antara responden Melayu dan bukan Melayu, sekali gus mencerminkan penerimaan yang meluas merentas kaum.

Tinjauan berkenaan melibatkan 1,209 pengundi di seluruh negara menerusi temu bual telefon menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata, dengan komposisi responden terdiri daripada 51 peratus Melayu, 27 peratus Cina, lapan peratus India, tujuh peratus bumiputera Muslim serta tujuh peratus bumiputera bukan Muslim dari Sabah dan Sarawak.

Related Posts

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi mencatat rekod tersendiri apabila berada di kedudukan ke-12 negara paling aman daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, meningkat satu anak tangga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
338 ladang babi berdaftar pada tahun lalu, berbanding 435 pada 2024 – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Bilangan ladang penternakan babi berdaftar di negara ini menurun kepada 338 pada tahun lalu berbanding 435 ladang yang direkodkan pada 2024. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis