Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar selepas pilihan raya yang diadakan junta tentera secara berperingkat bermula Disember tahun lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, lawatan beliau ke Myanmar sebelum ini bukan bermaksud pengiktirafan, sebaliknya untuk mengekalkan saluran komunikasi dan meneruskan momentum yang dijalankan sewaktu kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun lalu.

“Tidak timbul soal Malaysia mengiktiraf kerajaan Myanmar selepas pilihan raya sehingga apa (pilihan raya) yang dilakukan mereka itu secara terangkum, keamanan secara kekal, pelepasan tahanan politik, isu pelarian dan pelbagai lagi yang dinyatakan dalam Konsensus Lima Perkara (5PC).

“Libat urus dengan Myanmar, walaupun secara tidak rasmi, dilihat penting bagi memastikan ASEAN tidak kehilangan peranan utama dalam membantu Myanmar, selain mengekalkan atau mengelakkan campur tangan kuasa luar di Myanmar.

“Banyak kuasa luar sudah mula mahu campur tangan dan ia akan menyusahkan ASEAN jika kita biarkan ia berlaku,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai pendirian semasa dasar luar Malaysia terhadap kerajaan Myanmar dan sejauh manakah kemajuan dalam 5PC diambil kira dalam perumusan dasar luar berkenaan.

Related Posts

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

KANGAR – Cubaan membawa masuk sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka terkandas ketika air surut di perairan Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura berusaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan menerusi pelbagai inisiatif termasuk peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pertukaran guru. Menteri Pendidikan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24