157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

MUAR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil berkata, seramai 157 nelayan Maharani di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Muar menerima sumbangan tong ikan berinsulasi bernilai RM47,000 menerusi Program Peningkatan Pendapatan – Insentif Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point).

Menurut beliau, bantuan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan LKIM dalam meningkatkan produktiviti nelayan serta memperkukuhkan taraf sosioekonomi komuniti perikanan sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Program Touch Point ini bertujuan membantu nelayan meningkatkan kecekapan aktiviti penangkapan ikan, sekali gus meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka, selain memastikan bekalan ikan negara kekal mencukupi dan terjamin,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan sesi libat urus bersama nelayan di Muar, hari ini.

Faiz berkata, selain penyampaian bantuan, pihaknya turut mengadakan sesi dialog bersama nelayan bagi mendengar sendiri pelbagai isu yang dihadapi oleh komuniti berkenaan di peringkat lapangan.

Menurutnya, sesi tersebut memberi ruang kepada nelayan menyuarakan pandangan serta cabaran yang dihadapi, manakala pihak LKIM tampil memberikan penjelasan dan menggariskan tindakan penyelesaian yang akan dilaksanakan.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah LKIM, Rashima Baharuddin, dan Pengarah LKIM Johor, Haslin Marlina Hashim.

“Sesi libat urus seperti ini amat penting kerana ia membolehkan setiap isu yang dibangkitkan oleh nelayan ditangani secara terus, sekali gus memastikan penyelesaian yang lebih berkesan dapat dilaksanakan,” katanya.

Faiz turut memaklumkan bahawa PNK Muar kini mempunyai 745 ahli, termasuk 661 nelayan tulen di bawah kategori 11(1)(a).

Dalam aspek kebajikan katanya, seramai 421 nelayan menerima Elaun Sara Hidup Nelayan, manakala 294 vesel menikmati subsidi bahan api pada kadar RM1.65 seliter, melibatkan 198 vesel petrol Zon A dan 96 vesel diesel Zon A.

Beliau berkata, kerajaan melalui LKIM turut memberi perhatian terhadap aspek perumahan nelayan apabila sebanyak 46 buah rumah telah dibaik pulih di bawah Program Khas Perumahan Nelayan, selain dua rumah baharu telah dibina, manakala sebuah lagi rumah baharu dijadualkan dibina pada tahun 2025.

Faiz menegaskan komitmen LKIM untuk terus memperkasa kebajikan nelayan melalui pelbagai program pembangunan dan bantuan yang mampu meningkatkan taraf hidup komuniti berkenaan.

“Kepedulian LKIM bersama Kerajaan Perpaduan berteraskan agenda Malaysia MADANI akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kebajikan nelayan sentiasa terbela, di samping memperkasakan sektor perikanan sebagai antara penyumbang penting kepada sekuriti makanan negara,” katanya.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA