Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

BATU PAHAT – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyantuni masyarakat setempat menerusi Program JIWA@Komuniti MADANI: Sembang Santai Edisi Goreng Pisang Panas yang berlangsung di Gerai Setara, Taman Banang Jaya.

Ketibaan beliau disambut oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, bersama Pengarah Penerangan Negeri Johor, Mohd Rizal Hashim.

Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor itu menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana santai dan mesra, sekali gus membuka ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan kerajaan.

Melalui pendekatan yang lebih dekat dengan rakyat, program tersebut menjadi platform bagi orang ramai bertukar pandangan, berkongsi idea serta mendapatkan maklumat yang tepat mengenai dasar dan inisiatif kerajaan tanpa terikat dengan suasana rasmi atau protokol.

Selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, penganjuran Program JIWA@Komuniti MADANI turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan komunikasi dua hala bersama rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kebersamaan, keterbukaan dan saling memahami.

Program berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar yang hadir untuk bertemu, beramah mesra serta menyampaikan pandangan dan harapan mereka secara terus kepada Menteri Komunikasi dalam suasana santai sambil menikmati juadah tradisi, sekali gus menghidupkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills