‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.
‎
‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pihak tidak bertanggungjawab berkemungkinan mengambil kesempatan menghasilkan kandungan yang menyerupai laporan media, sedangkan maklumat berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan pengumuman sebenar kerajaan.
‎
‎“Saya jangkakan mungkin akan ada pihak yang menyalahgunakan gambar, logo berita dan menghasilkan grafik yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan apa yang disampaikan.
‎
‎“Jadi saya berharap semua pihak sentiasa berwaspada., dengar ucapan Menteri Kewangan kerana ia akan disiarkan secara langsung di semua platform melalui semua saluran media dan buat perbandingan apa-apa yang disebar dalam media sosial dengan berita rasmi,” kongsinya kepada media selepas merasmian Kompleks Kementerian Komunikasi di sini, pada Rabu.

Menurut Fahmi,, orang ramai perlu menyemak kesahihan sesuatu dakwaan, khususnya berkaitan bantuan atau inisiatif yang kononnya diumumkan kerajaan, dengan merujuk laporan daripada organisasi media rasmi dan berwibawa.
‎
‎”Jika sesuatu kandungan mendakwa bantuan dengan jumlah tertentu diumumkan pada tarikh tertentu tetapi tidak terdapat sebarang laporan mengenainya daripada media rasmi, kesahihan maklumat itu perlu diragui.
‎
‎“Sekiranya kita mendapat apa-apa bahan yang kita syak sama ada betul atau tidak ataupun nampaknya seperti berita palsu, segera buat laporan kepada pihak PDRM dan juga MCMC supaya mereka yang menyebarkan berita palsu dapat dikesan dan tindakan boleh diambil,” tegasnya.
‎
‎Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, satu program kesedaran berkaitan penipuan dalam talian dijangka akan diadakan di Labuan menjelang hujung bulan ini dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
‎
‎”Program ini antara lain akan memberi pendedahan kepada penduduk Labuan mengenai modus operandi dan strategi terbaharu digunakan sindiket penipuan.
‎
‎“Pertama, kita mahu maklumkan beberapa strategi scam yang terkini supaya warga Labuan khususnya mendapat maklumat dan mengetahui langkah yang boleh diambil untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
‎
‎“Kedua, sekiranya sudah menjadi mangsa, bagaimana kita hendak menyelamatkan wang yang telah dicuri,” jelasnya.

Sementara itu, Fahmi berkata Kompleks Kementerian Komunikasi siap dibina pada tahun 2019 dan mula duduki pada Oktober 2020 namun disebabkan ependemik 8anya diramikan hari ini.
‎
‎Tambahnya, Kompleks berkenaan juga perlu dimanfaatkan sebagai medium penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat setempat, termasuk berkaitan Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 9 Oktober ini.
‎
‎Dalam pada itu, beliau turut berharap maklumat mengenai Belanjawan 2027 dapat disalurkan melalui kompleks berkenaan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Kementerian Kewangan dalam kaedah yang mudah difahami serta bersesuaian dengan keperluan komuniti setempat.
‎
‎Foto: Jabatan Penerangan WP Labuan

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!

MENTERI BESAR Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak boleh membiarkan rakyat terus tertanya-tanya berhubung status tanah yang dikaitkan dengan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun