Tanggungan subsidi kerajaan memuncak kepada RM7.5 bilion pada April

KUALA LUMPUR – Tanggungan kerajaan bagi subsidi RON95 dan diesel memuncak sehingga RM7.5 bilion pada April 2026 susulan krisis di Asia Barat berbanding RM700 juta pada Januari dan hampir RM5 bilion pada Mac.

Hal ini susulan harga minyak mentah Brent mencecah sehingga 120 US Dollar setong ketika itu.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata peningkatan jumlah subsidi itu bagi membolehkan warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi 1.99 sen seliter selain kemudahan ‘fleet card’ kepada kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih mendapatkan bekalan diesel pada harga bersubsidi RM2.15 sen seliter.

“Harga minyak mentah Brent global kini menyederhana sekitar paras 90 US Dollar setong. Namun begitu, tanggungan subsidi Kerajaan berdasarkan harga pasaran semasa masih diunjurkan tinggi iaitu sekitar RM3.5 bilion sebulan.

“Daripada jumlah tersebut, subsidi RON95 diunjurkan sekitar RM2 bilion sebulan, manakala subsidi diesel pula sekitar RM1.5 bilion sebulan.

“Bagi menampung peningkatan perbelanjaan subsidi, kerajaan telah menyusun semula keutamaan perbelanjaan tahunan dengan memberi tumpuan kepada program yang berimpak tinggi kepada rakyat dan ekonomi.

“Pada masa sama, kerajaan memperkukuh disiplin fiskal melalui kawalan perbelanjaan operasi, peningkatan kecekapan perbelanjaan awam serta pengurangan ketirisan dalam pelaksanaan program dan subsidi,” jelas MoF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (Pakatan Harapan-Bagan) berkenaan kenaikan kos semua subsidi petrol dan diesel.

Selain itu, kerajaan terus memperkukuh hasil negara melalui langkah-langkah pembaharuan fiskal dan peluasan asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang lebih kukuh. Hasil daripada usaha tersebut, kerajaan dapat mengekalkan pelbagai program bantuan dan perlindungan sosial termasuk bantuan tunai, bantuan kos sara hidup serta subsidi bagi keperluan asas rakyat.

Kerajaan menegaskan sentiasa menilai perkembangan ekonomi global, kedudukan fiskal semasa dan keperluan rakyat agar sebarang penyesuaian perbelanjaan dapat dilaksanakan secara responsif dan berhemah.

Pendekatan ini selaras dengan matlamat Kerangka Ekonomi MADANI meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh daya tahan ekonomi dan memastikan kemampanan fiskal negara dalam jangka panjang.

Related Posts

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

KANGAR – Cubaan membawa masuk sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka terkandas ketika air surut di perairan Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura berusaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan menerusi pelbagai inisiatif termasuk peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pertukaran guru. Menteri Pendidikan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24