BUDI MADANI: Ahli Parlimen Stampin gesa kuota Sarawak dinaikkan kepada 500 liter

KUCHING – Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen menggesa kerajaan Persekutuan menaikkan kuota subsidi diesel untuk pemilik kenderaan di Sarawak daripada 300 liter kepada 500 liter sebulan. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan turut mencadangkan agar pemilik lori jongket (tipper truck) yang membawa muatan batu kelikir, pasir dan tanah dimasukkan ke dalam senarai penerima kad fleet Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). 

Perkara itu disuarakan oleh beliau ketika menghadiri sesi taklimat oleh Kementerian Kewangan berhubung pelaksanaan penyasaran subsidi diesel pada Selasa. 

“Kategori penerima kelayakan kad fleet SKDS pada masa ini tidak merangkumi pemilik lori jongket. 

“Oleh itu, saya telah menyampaikan usul dan berjuang agar kuota bulanan dinaikkan untuk Sarawak serta pemilik lori jongket dimasukkan sebagai penerima supaya mereka tidak terbeban dengan kenaikan kos harga diesel tanpa subsidi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Menurut beliau, keluasan negeri Sarawak dan kebergantungan tinggi terhadap kenderaan bermotor diesel menyebabkan kuota 300 liter sebulan adalah tidak mencukupi bagi penduduk yang tinggal di kawasan pinggir bandar.

Dalam pada itu, Chieng Jen memaklumkan bahawa beliau difahamkan pelaksanaan subsidi bersasar menerusi BUDI Diesel di Sarawak telah diluluskan oleh Kabinet berikutan tiada bantahan daripada menteri-menteri dari negeri tersebut. 

Justeru, memandangkan tiada bantahan, sistem yang menggantikan subsidi pukal itu akan diteruskan pelaksanaannya bermula 1 Julai ini. 

Menerusi sistem BUDI MADANI Diesel, pemilik kenderaan diesel diperuntukkan kuota bulanan sebanyak 200 liter pada harga RM2.10 seliter, manakala pemilik trak pikap dan jip berhak memohon tambahan 100 liter. 

Bagi pemegang kad fleet SKDS pula, lori kargo, lori rigid, penggerak utama (prime mover) dan van panel layak membeli sejumlah kuota bulanan pada harga RM2.15 seliter, manakala bas atau van sekolah serta bas ekspres pada harga RM1.88 seliter.

  • Related Posts

    Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

    BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

    BAGAN DATUK – Industri kelapa terus memainkan peranan penting sebagai pemacu ekonomi daerah Bagan Datuk apabila menyumbang kira-kira 25 peratus kepada keseluruhan pengeluaran tanaman negeri Perak. Perkara itu diketengahkan sempena…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

    Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

    Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

    Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

    Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

    Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

    Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

    Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

    Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

    Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

    Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan

    Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan