PGA rampas 105 liter air ketum disyaki untuk nelayan

PASIR PUTEH – Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal di Pelabuhan Tok Bali di sini terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 105 liter minuman itu dalam serbuan pada Selasa.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, dua lelaki berusia 23 dan 45 tahun turut ditahan dalam operasi di hadapan bangunan sebuah pelabuhan terbabit hasil risikan dan pemantauan pihaknya.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata, operasi dijalankan membabitkan anggota Risik Batalion 8 PGA dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh

“Anggota bertindak menyerbu sebuah Perodua Viva yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan,” katanya pada Selasa.

Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang telah diubah suai itu menemukan 70 bungkusan air ketum dengan jumlah isipadu 105 liter.

Beliau berkata, bekalan itu dipercayai untuk dipasarkan kepada nelayan dan awak-awak kapal yang berlabuh di pelabuhan berkenaan.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM800, sebuah kereta, beg duit dan beberapa barangan lain dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM14,300.

Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam aktiviti penjualan air ketum sejak kira-kira setahun lalu.

“Suspek berusia 23 tahun dipercayai mendapatkan bekalan air ketum pada harga RM6 setiap bungkusan daripada seorang pembekal tempatan sebelum menjualnya semula kepada pelanggan di kawasan pelabuhan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 45 tahun positif methamphetamine manakala seorang lagi negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 manakala seorang daripada suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Foto: Sinar Harian

Related Posts

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

JOHOR BAHRU – Kenyataan kontroversi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang didakwa mengaitkan pihak Istana dengan pembubaran Dewan Negeri Johor mengundang reaksi keras apabila…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mencadangkan penubuhan Pasukan Pelaut di sekolah-sekolah sebagai platform memperkenalkan peluang kerjaya dalam industri maritim kepada pelajar. Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram