Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, satu pekeliling berhubung ketetapan itu telah diedarkan bagi membolehkan mekanisme semak dan imbang dilaksanakan secara telus dan bebas.

“Langkah ini bertujuan memastikan sebarang penemuan atau ketidakpatuhan di sesebuah institusi dapat dilaporkan secara terus kepada pihak UNIONS supaya tindakan susulan sewajarnya dapat diambil segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penangguhan Persidangan Integriti yang bertemakan ‘Integriti Teras Kemakmuran Sarawak’ pada Selasa. 

Menurut beliau, pemantapan tata kelola itu amat penting memandangkan Sarawak hanya berbaki lima tahun untuk merealisasikan sasaran Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Menyentuh soal budaya kerja, Mohamad Abu Bakar mengingatkan penjawat awam bahawa amalan integriti tidak terhad kepada usaha menjauhi rasuah dan pecah amanah semata-mata, malah mencakupi keikhlasan bekerja.

Beliau turut mengecam sebarang amalan toksik di tempat kerja dan menegaskan integriti menuntut kakitangan untuk bebas daripada unsur negatif seperti budaya ampu, tikam dari belakang, dan memecahbelahkan pasukan.

Bagi memastikan perkhidmatan kekal relevan, beliau menggesa penjawat awam untuk menerapkan prinsip penambahbaikan berterusan melalui pendekatan Menyemak Semula (Revisit), Memikir Semula (Rethink), dan Memperbaharui Semangat (Recharge).

Majlis tersebut turut membentangkan lima resolusi utama merangkumi aspek kepimpinan, pencegahan awal, teknologi dan data, kebertanggungjawaban, serta kerjasama strategik.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya; mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Noridah Abdul Rahim.

Related Posts

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

KUCHING – Penjawat awam digesa agar tidak berkompromi dengan sebarang bentuk ketirisan dan salah guna kuasa bagi mengelakkan terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran kerajaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

SANDAKAN – Operasi penguatkuasaan warga asing wajar dilaksanakan secara lebih bersasar dengan memberi tumpuan kepada kawasan ‘hitam’ yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sandakan. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

  • By Fandi
  • August 11, 2026
Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

RCI Tabung Haji: Riuh di luar, lesap di Dewan

RCI Tabung Haji: Riuh di luar, lesap di Dewan

Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin