Pelaburan Chery buka 3,000 peluang kerja di Serendah, manfaat anak tempatan

SERENDAH – Pembangunan Serendah sebagai hab automotif Selangor terus membawa manfaat kepada penduduk setempat apabila pelaburan syarikat automotif antarabangsa dijangka mewujudkan ribuan peluang pekerjaan untuk anak tempatan.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han berkata, pelaburan oleh pengeluar automotif China, Chery, menerusi pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin bakal membuka kira-kira 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Beliau berkata, peluang tersebut merupakan antara manfaat utama yang dibawa melalui Program Local Business Connect (LBC) Siri 2 yang berlangsung di Serendah, sekali gus menjadi platform menghubungkan pelabur dengan komuniti tempatan.

“Program ini mendekatkan pelabur dengan penduduk setempat bagi memudahkan mereka mendapatkan peluang pekerjaan dan meneroka peluang perniagaan yang tersedia.

“Sebagai daerah yang sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai hab automotif, penyertaan syarikat seperti Proton dan Chery memberi peluang besar kepada penduduk tempatan untuk menyertai industri yang berkembang pesat,” kongsinya menerusi media sosial pada Isnin.

Selain Chery dan Proton, program itu turut disertai syarikat yang menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan industri automotif seperti Sipro Plastic dan Azman Hamzah Plastic (AHP).

Turut mengambil bahagian ialah beberapa agensi kerajaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Hijrah Selangor yang menawarkan pelbagai bantuan, latihan kemahiran serta peluang pembiayaan kepada usahawan tempatan.

Sze Han berkata, kerajaan negeri komited memastikan pembangunan ekonomi dan pelaburan yang masuk ke Selangor dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta komuniti setempat.

“Fokus utama kita adalah memastikan hasil kekayaan yang dijana di Selangor diagihkan secara seimbang agar manfaatnya dapat dirasai bersama oleh rakyat dan golongan usahawan tempatan,” katanya.

Related Posts

Bengang disuluh lampu di kebun durian, dua lelaki positif dadah ugut tembak mekanik

SARATOK – Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas dua laras senjata api berserta peluru dalam satu operasi di Roban pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar tingkatan satu kritikal, jatuh bangunan di sekolah

IPOH – Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di kawasan sebuah sekolah menengah di sini, petang Isnin. Ketua Polis Perak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bengang disuluh lampu di kebun durian, dua lelaki positif dadah ugut tembak mekanik

Bengang disuluh lampu di kebun durian, dua lelaki positif dadah ugut tembak mekanik

Kanak-kanak Palestin makin terancam susulan sekatan institusi kemanusiaan

  • By Siti
  • June 23, 2026
Kanak-kanak Palestin makin terancam susulan sekatan institusi kemanusiaan

Pelajar tingkatan satu kritikal, jatuh bangunan di sekolah

Pelajar tingkatan satu kritikal, jatuh bangunan di sekolah

Messi sumbat 2 gol, bantu Argentina kalahkan Austria

Messi sumbat 2 gol, bantu Argentina kalahkan Austria

Anwar tegaskan penghantaran pulang Rohingya ke Myanmar penyelesaian terbaik krisis berlarutan