Kebun Bandar Kota Kinabalu harumkan nama Sabah di peringkat nasional

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa pertanian bandar dan pembangunan komuniti menerusi Program Kebun Bandar Kota Kinabalu membuahkan hasil apabila inisiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu meraih Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA16) 2026.

Menurut DBKK, projek berkenaan dinobatkan sebagai pemenang Kategori Kerajaan (6A: Green Initiative Award) pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Jun lalu.

Katanya lebih membanggakan, DBKK merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) dari Sabah yang menerima pengiktirafan dalam anugerah berprestij tersebut.

“Kejayaan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap pendekatan yang menggabungkan pembangunan bandar hijau dengan penglibatan aktif komuniti setempat.

“Program Kebun Bandar Kota Kinabalu bukan sekadar menyediakan ruang pertanian bandar, malah membantu meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar, mengukuhkan hubungan sosial dan menyokong agenda keselamatan makanan bandar,” katanya dalam satu kenyataan, pada isnin

Dalam pada itu, katanya, anugerah berkenaan turut mengambil kira aspek inovasi, kelestarian, penyelesaian berasaskan alam semula jadi, impak sosial, penglibatan komuniti serta sumbangan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

“Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert Lipon menerima anugerah tersebut mewakili DBKK bersama pegawai Jabatan Landskap, Jabatan Botani dan wakil Komuniti Kebun Bandar Kota Kinabalu.

“Kejayaan itu turut membuktikan keberkesanan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, komuniti dan rakan strategik dalam menjayakan inisiatif pembangunan bandar yang mampan.

“Malaysia Landscape Architecture Awards merupakan pengiktirafan tertinggi dalam bidang seni bina landskap negara yang dianjurkan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM),” ujarnya.

DBKK berharap kejayaan itu dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandar raya yang lebih hijau, lestari dan berdaya huni.

  • Related Posts

    Rakyat Sabah puji langkah seragamkan harga diesel seluruh negara

    TAWAU – Usaha kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter di seluruh negara bermula Julai hadapan dilihat sebagai satu langkah penting dalam menjaga kebajikan serta hak warganegara Malaysia yang juga…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    DBKK roboh 38 struktur setinggan setakat Jun

    KOTA KINABALU – Sebanyak 38 struktur setinggan haram di kawasan belakang Alamesra, Likas telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat 19 Jun lalu. Menurut DBKK, jumlah itu termasuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Malaysia, Bangladesh sepakat tambah baik mekanisme pengambilan pekerja

    Malaysia, Bangladesh sepakat tambah baik mekanisme pengambilan pekerja

    Rakyat Sabah puji langkah seragamkan harga diesel seluruh negara

    Rakyat Sabah puji langkah seragamkan harga diesel seluruh negara

    Kos baja diunjur naik hingga 20 peratus, industri makanan berdepan tekanan baharu

    Kos baja diunjur naik hingga 20 peratus, industri makanan berdepan tekanan baharu

    Reformasi pendakwaan negara diperkemas melalui tujuh cadangan baharu – Azalina

    Reformasi pendakwaan negara diperkemas melalui tujuh cadangan baharu – Azalina

    DBKK roboh 38 struktur setinggan setakat Jun

    DBKK roboh 38 struktur setinggan setakat Jun

    Harga diesel turun: Dasar berteraskan rakyat terus beri manfaat kepada pengguna

    Harga diesel turun: Dasar berteraskan rakyat terus beri manfaat kepada pengguna