Harga diesel turun: Dasar berteraskan rakyat terus beri manfaat kepada pengguna

SANDAKAN – Pengguna diesel di Sabah menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai penurunan harga diesel dan berharap langkah itu dapat membantu mengurangkan kos sara hidup serta memberi kesan kepada penurunan harga barangan.

Seorang pengguna, Noor Fauziah Basri, 57, berkata, beliau bersyukur dengan pengumuman penurunan harga minyak sebanyak lima sen di seluruh negara dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami banyak menggunakan diesel untuk bergerak ke bandar dan ke kebun. Memang penggunaan diesel sangat penting dalam kehidupan seharian kami.

“Terima kasih kepada kerajaan, terutama Perdana Menteri kerana membantu rakyat,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press, di sini pada Isnin.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Faishal Azmi Madina, 55, turut melahirkan rasa gembira dan menghargai usaha kerajaan membantu rakyat Sabah.

“Saya sering memandu jauh dan berulang-alik menggunakan kenderaan yang memerlukan diesel.

“Pengurangan harga ini pastinya dapat mengurangkan kos perbelanjaan kami.

“Saya juga berharap harga barangan akan turut menurun kerana Sabah menerima pengurangan sebanyak lime sen seliter.

“Sudah tentu ia akan memberi kesan kepada harga barang di pasaran,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai bulan depan.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan berkata, penurunan harga itu akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel secara seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan Kad Pengenalan (MyKad) selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula