Niti Daun Mukah 2026: Hanifah curi tumpuan gayakan busana Bidayuh

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib mencuri tumpuan apabila tampil mengenakan pakaian tradisional masyarakat Bidayuh sempena Program Niti Daun Peringkat Daerah Mukah 2026 pada Sabtu.

Kehadiran Ahli Parlimen Mukah itu bagi menyempurnakan program berkenaan, sekali gus menyerikan lagi suasana penganjuran yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.

Penampilan ikonik tersebut disifatkan sebagai manifestasi perpaduan erat serta keunikan kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kekuatan rakyat Sarawak.

Program kebudayaan berskala besar itu disemarakkan dengan acara perarakan yang disertai oleh 32 kontinjen daripada pelbagai latar belakang.

Antaranya, agensi kerajaan, persatuan tempatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta institusi pendidikan di sekitar daerah ini.

Suasana perarakan bertukar warna-warni apabila peserta menggayakan pelbagai busana yang mempamerkan kekayaan adat, warisan dan identiti suku kaum masing-masing.

Selain perarakan, Program Niti Daun 2026 turut diserikan dengan upacara ritual tradisi miring serta pelbagai persembahan kebudayaan asli.

Penganjuran program itu membuktikan komitmen berterusan masyarakat setempat dalam memelihara warisan nenek moyang di samping memperkukuh integrasi sosial dalam kalangan masyarakat majmuk.

Related Posts

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

PESTA sukan air Baram Regatta lazimnya diraikan dengan penuh kemeriahan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak. Namun, di sebalik sorakan dan perlumbaan perahu yang mendebarkan, masih ramai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara nilai rahmah, maslahat ditanggung tuan rumah

DATA Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) merekodkan, kira-kira 215,000 pelarian dan pencari suaka berdaftar di Malaysia. Daripada jumlah itu, lebih 193,000 berasal dari Myanmar, dengan lebih 123,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik