Polis tahan dua buruh, rampas syabu di Saratok

SARATOK – Dua buruh lelaki warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam pengedaran dadah menerusi satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tanjong pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, serbuan pada jam 1.52 petang itu dilaksanakan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Saratok.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menyeluruh di kediaman berkenaan telah membawa kepada penahanan suspek pertama berusia 48 tahun dan suspek kedua yang berumur 45 tahun.

“Polis telah menjumpai tiga peket plastik lut sinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, termasuk dua tiub straw lut sinar yang turut mengandungi bahan sama.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah seberat 14.83 gram dengan nilai anggaran sebanyak RM1,631.60,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, selain rampasan dadah, pihak polis turut menyita wang tunai berjumlah RM1,310 yang dipercayai hasil kegiatan pengedaran barang terlarang itu beserta dua unit telefon bimbit.

Mengulas lanjut, Mathew menjelaskan bahawa hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek pertama positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin, manakala suspek kedua pula didapati negatif.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana rangkaian sindiket pengedaran dadah di daerah ini,” ujar beliau.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik