Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

KOTA BHARU – Aktiviti penyeludupan petrol di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand berada pada tahap rendah dan terkawal meskipun wujud kebimbangan terhadap peningkatan ketirisan susulan konflik geopolitik di Asia Barat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, penilaian itu berdasarkan data tangkapan terkini yang dibentangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri baru-baru ini.

Mohd Yusoff berkata, keadaan itu berjaya dikekalkan hasil pelaksanaan operasi bersepadu secara agresif oleh pelbagai agensi penguat kuasa di pintu masuk sempadan serta stesen minyak yang dikenal pasti berisiko tinggi.

“Kawalan di sempadan dilaksanakan secara ketat manakala laluan haram atau lorong tikus turut dipantau rapi sehingga menyukarkan sindiket untuk beroperasi.

“Jika ada yang cuba berbuat demikian, mereka terpaksa menggunakan laluan sah dengan mengubah suai tangki kenderaan, namun jumlahnya tidak banyak kerana sentiasa dipantau,” katanya.

Beliau berkata, rondaan dan pemantauan harian oleh PGA bersama anggota polis dari balai berhampiran akan terus diperkukuh khususnya di stesen minyak yang dikenal pasti menjadi lokasi tumpuan sindiket.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusoff berkata, penyeludupan dadah dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) masih menjadi dua ancaman utama jenayah rentas sempadan di negeri itu.

Katanya, jenayah berkaitan dadah terus menjadi keutamaan dalam tindakan penguatkuasaan kerana memberi kesan besar terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Masalah pendatang tanpa izin juga kekal menjadi perhatian kerana boleh menyumbang kepada pelbagai masalah sosial serta keselamatan sekiranya tidak dibendung,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di sempadan Kelantan-Thailand kekal baik hasil kerjasama erat antara PDRM dan agensi keselamatan lain.

Menurutnya, pemantauan dan penguatkuasaan akan terus diperkasakan bagi memastikan sebarang ancaman jenayah rentas sempadan dapat ditangani dengan berkesan.

Foto: Astro Awani

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik