Krisis PN dijangka berpanjangan, risiko libatkan ROS dan mahkamah jika tiada kata sepakat

KRISIS dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan berakhir dalam masa terdekat sekiranya PAS dan Bersatu gagal mencapai penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim.

Menurut beliau, Bersatu dijangka tidak akan berundur dengan mudah dan berkemungkinan menggunakan sepenuhnya ruang yang diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan itu bagi mempertahankan kedudukannya.

Katanya, sebarang dakwaan pelanggaran perlembagaan atau tatakelola pentadbiran PN oleh kepimpinan gabungan berpotensi dijadikan asas untuk tindakan lanjut, termasuk membawa perkara tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan mahkamah.

“Jika aduan yang dikemukakan mempunyai asas, ROS boleh menjalankan siasatan dan tidak mustahil mengambil tindakan lanjut termasuk menggantung operasi PN sepanjang proses siasatan.

“Selain itu, Bersatu juga boleh mendapatkan tafsiran mahkamah sekiranya berpendapat berlaku pelanggaran terhadap perlembagaan gabungan,” katanya dalam satu kenyataan.

Yusri berpandangan, kemelut yang berlarutan boleh menyebabkan PN berdepan risiko tidak dapat berfungsi secara efektif, sekali gus menjejaskan persiapan gabungan itu menghadapi pilihan raya akan datang.

“Ini merupakan antara senario paling buruk sekiranya PAS dan Bersatu gagal mencapai formula penyelesaian yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu memutuskan untuk kekal bersama PN meskipun ketegangan antara kedua-dua parti dilihat semakin memuncak.

Pada masa sama, Bersatu turut memaklumkan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo PN.

Senario ini dilihat sebagai usaha mengekalkan kedudukan parti dalam gabungan berkenaan, namun masa depan PN masih bergantung kepada kemampuan PAS dan Bersatu meredakan konflik yang sedang berlaku.

Related Posts

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

KOTA BHARU – Kehadiran Parti Wawasan Negara tidak dipandang remeh oleh Pakatan Harapan, sebaliknya dianggap sebagai pemangkin untuk memperkukuh gerak kerja parti gabungan itu dalam mendekati rakyat. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen mendakwa kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) kini semakin ketara susulan perbezaan pandangan mengenai kedudukan Bersatu dalam gabungan berkenaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Umat Islam diseru hayati semangat hijrah – Hajiji

Umat Islam diseru hayati semangat hijrah – Hajiji

Dua anak kelahiran Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah Sabah 1448H

Dua anak kelahiran Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah Sabah 1448H

Generasi muda perlu hayati semangat hijrah, manfaatkan teknologi untuk kemajuan diri – Tun Musa

Generasi muda perlu hayati semangat hijrah, manfaatkan teknologi untuk kemajuan diri – Tun Musa

Krisis PN dijangka berpanjangan, risiko libatkan ROS dan mahkamah jika tiada kata sepakat

Krisis PN dijangka berpanjangan, risiko libatkan ROS dan mahkamah jika tiada kata sepakat

Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

Bantuan SYUKUR bawa kelegaan kepada penerima

Bantuan SYUKUR bawa kelegaan kepada penerima