Generasi muda perlu hayati semangat hijrah, manfaatkan teknologi untuk kemajuan diri – Tun Musa

KOTA KINABALU – Generasi muda Islam perlu menghayati semangat hijrah dengan memperkukuh ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah diri, selain memanfaatkan kemudahan digital secara bijaksana untuk tujuan yang membawa manfaat kepada pembangunan diri dan masyarakat.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata, semangat hijrah amat penting diterapkan dalam kalangan belia agar mereka sentiasa bersedia mendepani cabaran dunia moden yang semakin kompleks.

“Semangat hijrah juga amat penting untuk diterapkan dalam kalangan generasi muda Islam, agar mereka sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah (keperibadian) diri.

“Generasi muda juga mesti bijak memanfaatkan kemudahan digital untuk tujuan yang berfaedah seperti pembelajaran, pembangunan kemahiran dan keusahawanan. Gejala sosial yang merosakkan masa depan serta menjejaskan potensi diri, mesti dijauhi.

“Dengan berbekalkan semangat hijrah, generasi muda mampu menjadi pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan bertanggungjawab dalam membangunkan negara,” katanya semasa merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Ma’al Hijrah 1448H Peringkat Negeri Sabah, pada Rabu.

Tambah Tun Musa, semangat hijrah yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW perlu terus dihidupkan kerana ia mengajar umat Islam bahawa setiap perubahan besar bermula dengan keberanian meninggalkan amalan yang menghalang kemajuan.

“Peristiwa Hijrah juga memberikan pengajaran bahawa kejayaan bukan lahir daripada keselesaan tetapi daripada pengorbanan, kesabaran dan keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT.

“Semangat hijrah yang telah dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW sangat perlu untuk dihidupkan lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran dunia moden yang semakin kompleks.

“Umat Islam mesti berhijrah daripada budaya menyalahkan kepada budaya menyumbang daripada sikap mementingkan diri kepada sikap kebersamaan serta daripada kelemahan ilmu kepada kecemerlangan pengetahuan, inilah roh hijrah yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tun Musa turut berharap semangat hijrah yang berpaksikan nilai keimanan, integriti dan ihsan akan terus menjadi pemangkin kepada kemajuan Sabah sebagai negeri yang damai, harmoni dan sejahtera.

Turut hadir ialah isteri Tun Musa, Toh Puan Faridah Tussin; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Sala

Kelihatan juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

Tidak ketinggalan menteri-menteri, Ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Related Posts

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

MIRI – Pengamal media tempatan dan antarabangsa berpeluang mengenakan busana tradisional pelbagai etnik Sarawak bagi mendalami warisan budaya negeri menerusi program lawatan suai kenal, Miri In-depth Experience. Program anjuran Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sifat ihsan bukan alasan gadai kedaulatan negara – Sultan Pahang

KUALA LIPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa sifat ihsan dan perikemanusiaan diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara atau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Sifat ihsan bukan alasan gadai kedaulatan negara – Sultan Pahang

Sifat ihsan bukan alasan gadai kedaulatan negara – Sultan Pahang

13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah agensi kerajaan direman kes rasuah RM2.5 juta

13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah agensi kerajaan direman kes rasuah RM2.5 juta

Tokoh Maal Hijrah Selangor diiktiraf atas peranan benarkan polis wanita bertudung

Tokoh Maal Hijrah Selangor diiktiraf atas peranan benarkan polis wanita bertudung

Umat Islam diseru hayati semangat hijrah – Hajiji

Umat Islam diseru hayati semangat hijrah – Hajiji

Dua anak kelahiran Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah Sabah 1448H

Dua anak kelahiran Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah Sabah 1448H