Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh rakyat menghayati semangat hijrah dengan memperkukuh persefahaman serta menjalin kerjasama dalam kalangan komuniti yang pelbagai demi membina masa depan negara yang lebih sejahtera.

Beliau berkata, aspirasi untuk melaksanakan perubahan dan pembaharuan tidak boleh bergantung kepada retorik, slogan mahupun usaha individu semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan secara kolektif dengan penuh kesabaran dan keazaman.

“Oleh itu, kemahuan dan harapan melakukan pembaharuan atas esensi hijrah untuk menegakkan keadilan, berdaulatnya kebenaran, meratanya kemakmuran dan terjaminnya keselamatan harus menjadi ikhtiar bersama dan bukan milik sesiapa.

“Kita perlu menyelami semangat hijrah dan segala pengajaran mulia yang terpahat. Dalam mencapai cita-cita perubahan dan pembaharuan ini, kerjasama serta perpaduan amat bernilai dalam menggapai kejayaan,” katanya menerusi hantaran sempena sambutan Maal Hijrah 1448H yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Anwarberkata, semangat hijrah wajar dijadikan landasan utama dalam usaha memperbaharui masyarakat dan memacu pembangunan negara.

Menurut beliau, peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW membuktikan kejayaan sesebuah perjuangan bergantung pada kekuatan pasukan yang disatukan oleh keimanan serta dipandu oleh petunjuk dan rahmat Allah SWT.

Beliau berkata, sejarah hijrah turut memperlihatkan sumbangan signifikan pelbagai golongan, termasuk anak muda, wanita dan para sahabat, dalam menjayakan perjalanan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

“Teladan daripada peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW menyaksikan peranan instrumental anak muda seperti Saidina Ali Abi Talib, sumbangan wanita seperti Asma Abu Bakar dan ramai sahabat mengatur dan menjadi sebahagian daripada sejarah hijrah Nabi ke Madinah sebagai suatu yang unik dan istimewa.

“Kejayaan hijrah Rasulullah SAW adalah ikhtiar berpasukan atas kesatuan iman yang berada dalam lindungan ALLAH SWT. Menzahirkan semangat hijrah dalam realiti semasa tidak mudah. Ianya perlukan kesepakatan dan kerjasama rangkaian komuniti dengan kepelbagaiannya,” katanya.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh