Ibu bapa diseru ajak anak, ahli keluarga di luar pulang mengundi PRN Johor

MUAR – Rakyat Johor yang bekerja dan menetap di Singapura diseru supaya pulang mengundi pada pilihan raya akan datang bagi memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) meneruskan agenda pembangunan negeri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta ibu bapa di negeri ini memastikan anak atau ahli keluarga mereka yang menetap di luar agar pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Beliau yang juga merupakan Perdana Menteri berkata, setiap undi amat penting bagi memastikan pelbagai projek pembangunan yang dirancang kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat diteruskan demi manfaat rakyat.

“Bawa balik anak-anak, termasuk bekerja di Singapura untuk undi. Kita tidak boleh janji banyak tapi saya akan cuba buat yang terbaik. Kita kena kuat, baru boleh buat perubahan.

“Bawalah balik seramai mungkin anak-anak untuk mengundi,” katanya katanya ketika berucap pada program Ceramah Umum PH ‘Keadilan untuk Bangsa Johor’ di Bukit Bakri, Muar, malam Isnin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap undi amat berharga dalam membawa perubahan dasar yang bermakna bagi memastikan kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi dapat diperjuangkan bersama-sama.

Menurut beliau, pentadbirannya tidak melakukan inisiatif demi menyantuni rakyat semata-mata kerana bakal berdepan pilihan raya, sebaliknya usaha itu dibuat sejurus PH memenangi pilihan raya bagi memastikan Johor terus menerima pelbagai projek pembangunan strategik yang mampu merangsang ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai.

“Antara inisiatif utama yang sedang diberi perhatian ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dirangka hasil kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura yang berpotensi menarik pelaburan baharu serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada anak muda Johor.

“Johor-Singapore Economic Zone itu kita runding. Saya runding dengan Lee Hsien Loong (mantan Perdana Menteri Singapura) kemudian dengan Lawrence Wong (Perdana Menteri Singapura), setuju dan jalan. Tengok pelabuhan Tanjung Pelepas, kita besarkan. Forest City pun kita teruskan sebab boleh bantu angkat ekonomi Johor,” katanya.

Tambahnya, kerjasama strategik antara Malaysia dan Singapura menerusi pelbagai projek pembangunan diyakini mampu memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab pelaburan dan perdagangan utama negara.

“Pembangunan besar yang dilaksanakan di Johor tidak seharusnya hanya memberi manfaat kepada pelabur atau golongan tertentu, sebaliknya perlu dirasai rakyat di peringkat akar umbi menerusi peluang pekerjaan, kemudahan awam dan peningkatan taraf hidup,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat lalu menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan pada 11 Julai ini dengan hari penamaan calon pada 27 Jun ini, manakala hari mengundi awal 7 Julai.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mempunyai 56 kerusi dengan Barisan Nasional (BN) menguasai 40 daripadanya.
PH pula memiliki 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga manakala Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) satu kerusi.

Related Posts

Pelantikan Timbalan Exco bongkar nafsu kuasa di sebalik ‘penyatuan Melayu’ – Omar

BELUM reda kemelut pemilihan Menteri Besar, politik Negeri Sembilan kini sedang bergolak susulan syor kerajaan negeri mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi membantu pentadbiran. Penganalisa politik, Omar Mat Noor menyifatkan perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR yakin Kerajaan MADANI kekal stabil, tolak cadangan bubar Parlimen jika DAP keluar Kabinet

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan pentadbiran Kerajaan MADANI kekal kukuh dan mampu menamatkan penggal penuh, sekali gus menolak cadangan supaya Parlimen dibubarkan sekiranya DAP menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi