Malaysia tetap pertahan prinsip negara walau ada hubungan baik bersama kuasa besar

MUAR – Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mengamalkan dasar berkawan dengan semua negara namun kekal tegas dalam mempertahankan kepentingan nasional.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, perkara terbabit termasuk berkaitan isu perdagangan, pelaburan di samping penguatkuasaan undang-undang.

“Kita berkawan dengan semua namun tetap berpegang pada prinsip kita. Dia (Israel) buat tak betul terhadap Gaza, kita cakap tak betul. Seperti China, Kita baik dengan China sebab China baik dengan kita… kita boleh berdagang, boleh berniaga dan menghantar anak-anak belajar di sana.

“Tetapi kalau ada pihak yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa permit, kita tetap ambil tindakan… kita berkawan tetapi kita jaga kepentingan negara,” katanya katanya ketika berucap pada program Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) ‘Keadilan untuk Bangsa Johor’ di Bukit Bakri, Muar, malam Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, hubungan baik yang dibina dengan pelbagai negara termasuk Pakistan, Arab Saudi, Turkiye, Mesir, China dan Amerika Syarikat membolehkan Malaysia memainkan peranan lebih berkesan di peringkat antarabangsa tanpa mengorbankan kepentingan nasional.

“Kedudukan Malaysia yang semakin dihormati di peringkat antarabangsa dapat dilihat apabila negara berjaya menarik kehadiran pemimpin utama dunia sejak kebelakangan ini termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

“Malah walaupun Malaysia bukan sebuah negara besar, para pemimpin dunia seperti Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri China, Li Qiang memilih untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi PH menolak kritikan sesetengah pihak terhadap pendekatan diplomasi mesra yang diamalkan beliau ketika menerima kunjungan pemimpin asing.

“Sebaliknya, hubungan baik antara pemimpin negara penting dalam memperkukuh kerjasama dan membuka lebih banyak peluang kepada Malaysia.

“Keutamaan saya ialah menjaga kepentingan rakyat Malaysia dan memastikan negara terus dihormati di peringkat dunia,” katanya.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak