PKR tidak layan tekanan daripada Wong Chen

PUTRAJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan melayan sebarang tekanan atau cubaan memaksa parti bertindak mengikut rentak ditentukan oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, sebaliknya bersikap melaksana keputusan berdasarkan prinsip, perlembagaan parti dan kepentingan perjuangan yang lebih besar.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sivamalar Genapathy berkata, Wong Chen perlu menghentikan apa yang disifatkannya sebagai ‘sandiwara politik’ dan memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebenar sebagai wakil rakyat.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Subang itu dilihat memilih untuk terus mencetuskan pelbagai kontroversi politik ketika pemimpin dan anggota parti sedang berusaha memperkukuh keyakinan rakyat.

“Rakyat Subang tidak memilih seorang ‘content creator’ politik, sebaliknya memilih seorang wakil rakyat yang sepatutnya fokus menyelesaikan masalah rakyat. Tiada siapa dihukum kerana mempunyai kawan atau menghadiri acara awam.

“Persoalan sebenar ialah sama ada seseorang wakil rakyat masih komited kepada mandat, perjuangan dan platform politik yang diwakilinya ketika dipilih oleh rakyat,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Sivamalar berkata, Wong Chen yang memenangi kerusi Parlimen Subang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 115,074 undi atas tiket PKR dan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menganggap kemenangan itu sebagai kejayaan individu semata-mata.

“Kejayaan berkenaan dibina hasil pengorbanan ribuan anggota, sukarelawan dan penyokong yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan besar tersebut. Jangan cuba mencipta persepsi bahawa mandat itu datang semata-mata daripada populariti beliau sendiri,” katanya..

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan tindakan Wong Chen yang didakwa dilihat mempromosi dan memberikan legitimasi kepada sebuah gerakan politik yang sedang membina alternatif kepada parti yang diwakilinya.

Menurut beliau, tindakan itu bukan lagi soal kebebasan bersuara atau hak untuk berkawan, sebaliknya membabitkan kejelasan pendirian politik, integriti terhadap mandat pengundi dan kesetiaan kepada perjuangan parti.

“Tidak ada parti politik di dunia yang boleh berfungsi dengan baik jika pemimpinnya bebas berkempen untuk platform politik lain sambil terus menikmati kedudukan yang diperoleh melalui parti asal.

“Beliau juga sentiasa memainkan naratif bahawa dirinya menjadi mangsa penganiayaan. Hakikatnya, tiada siapa memaksa beliau menghadiri program parti lain atau mencabar parti sendiri secara terbuka,” ujarnya.

Tambah beliau, semua kontroversi yang timbul adalah hasil daripada pilihan politik yang dibuat oleh Wong Chen sendiri dan keperluan Ahli Parlimen Subang itu menyatakan pendirian secara terus terang sekiranya sudah tidak lagi yakin dengan perjuangan PKR.

“YB Wong Chen tidak boleh berada dalam dua perahu pada masa yang sama. Rakyat Subang adalah pengundi celik politik dan mampu menilai sendiri siapa yang benar-benar fokus berkhidmat kepada rakyat dan siapa lebih berminat mencipta polemik politik berterusan,” katanya.

Terdahulu, Wong Chen sekali lagi mencabar PKR supaya memecatnya daripada parti itu sekiranya kepimpinannya benar-benar berhasrat mengambil tindakan terhadap beliau.

Dalam ucapan yang dimuat naik menerusi Facebook, Wong Chen menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang dan sebaliknya menggesa PKR mengambil tindakan disiplin secara terus.

Kenyataan terbaharu itu dilihat menghangatkan lagi ketegangan antara Wong Chen dan kepimpinan PKR selepas beliau sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan terbuka yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ahli parti serta pemerhati politik.

Related Posts

Kejayaan JS-SEZ berpotensi ubah corak pengundian di Johor, faktor ekonomi dijangka pengaruhi pilihan rakyat

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar indikator pertembungan politik, namun menjadi medan bagi menguji model politik baharu yang mungkin menentukan hala tuju politik Malaysia menjelang Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor

KUANTAN – Semua urusan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan dan diselesaikan dengan baik. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia kekal sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018

Malaysia kekal sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018

Malaysia merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus

Malaysia merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus

PKR tidak layan tekanan daripada Wong Chen

PKR tidak layan tekanan daripada Wong Chen

PGA rampas 2,560 pod vape cuba diseludup ke Thailand

PGA rampas 2,560 pod vape cuba diseludup ke Thailand

100 wakil agensi, pelajar sekolah tanam pokok bakau sebagai inisiatif lindungi pesisir pantai

100 wakil agensi, pelajar sekolah tanam pokok bakau sebagai inisiatif lindungi pesisir pantai

Kejayaan JS-SEZ berpotensi ubah corak pengundian di Johor, faktor ekonomi dijangka pengaruhi pilihan rakyat

Kejayaan JS-SEZ berpotensi ubah corak pengundian di Johor, faktor ekonomi dijangka pengaruhi pilihan rakyat