Malaysia merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus

KOTA KINABALU – Usaha membendung penyakit bawaan vektor menerusi pelaksanaan inisiatif Komuniti Bebas Denggi (KoMBeD) terus diperkukuh bagi menangani peningkatan kes denggi yang direkodkan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga 13 Jun tahun ini, Malaysia merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala jumlah kematian akibat komplikasi denggi turut meningkat kepada 23 kes berbanding 16 kes pada 2025.

“Melihat kepada situasi serantau, jumlah kes denggi di Malaysia adalah sebanyak 33,367 kes pada 2026 (setakat 13 Jun), meningkat 20.70% berbanding 2025.

“Malaysia berada di kedudukan ke-3, di belakang Indonesia (39,672 kes) dan Vietnam (35,986 kes) tetapi ini bukanlah alasan untuk kita berasa selesa.

“Hakikatnya, incidence rate kita adalah yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

“Tren Kematian akibat komplikasi denggi juga meningkat sebanyak 43.75%, iaitu 23 kes kematian berbanding hanya 16 kematian bagi 2025.

“Hasil survelan makmal kita mendapati berlaku peralihan serotip (serotype shift) yang ekstrem, di mana virus DENV-3 kini mendominasi kitaran jangkitan di Malaysia.

“Penyakit Chikungunya turut merekodkan lonjakan ketara kepada 163 kes kumulatif,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Denggi Asean, Hari Malaria Sedunia dan Gotong-royong Mega Peringkat Kebangsaan Bersempena Jelajah ANMS Tahun 2026, di Menggatal pada Ahad.

Tambah Dr Dzulkefly di Sabah, sebanyak 2,866 kes denggi telah dilaporkan, 50.4 peratus peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Lima daerah yang mencatatkan penularan jangkitan aktif tertinggi ialah Kota Kinabalu (1,033 kes), Tawau (578 kes), Sandakan (500 kes), disusuli daerah Penampang dan Putatan.

“Namun, di sebalik lonjakan kes ini, saya ingin memuji komitmen jitu JKN Sabah dan fasiliti kesihatan di sini yang berjaya mengawal pengurusan pesakit sehingga merekodkan sifar (0) kematian pada tahun ini.

“Begitu juga di lokaliti tumpuan kita hari ini; Pekan Manggatal dan Kampung Cenderamata 2, Likas, masing-masing merekodkan sifar (0) kematian akibat denggi sepanjang 5 tahun berturut-turut (2022-2026).” kongsinya.

Menurutnya, KKM akan memperkukuhkan strategi kawalan menerusi KoMBeD yang menggabungkan pendekatan Behavioural Insights untuk menggalakkan perubahan tingkah laku masyarakat ke arah amalan pencegahan yang mampan.

“Situasi ini menuntut pendekatan whole-of-government dan whole-of-society yang melibatkan semua pihak dalam mencegah denggi.

“Pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkukuhkan strategi kawalan Denggi melalui inisiatif Komuniti Bebas Denggi (KomBeD), dengan menerapkan pendekatan Behavioural Insights bagi menggalakkan perubahan tingkah laku masyarakat ke arah amalan pencegahan yang lebih mampan,” jelasnya.

KoMBeD dilaksanakan melalui pendekatan 3E yang merangkumi Intervensi Persekitaran (Environmental Intervention), Pemerkasaan Komuniti (Community Empowerment) dan Survelan Entomologi (Entomological Surveillance).

Katanya, pendekatan itu memberi penekanan kepada pembentukan komuniti bersih dan hijau, penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti pencegahan serta penggunaan kaedah saintifik bagi mengesan risiko awal pembiakan nyamuk.

Related Posts

Malaysia kekal sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak boleh lagi bekerja secara silo dalam menangani cabaran malaria zoonotik atau malaria knowlesi yang semakin kompleks, sebaliknya memerlukan kerjasama bersepadu melibatkan sektor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PGA rampas 2,560 pod vape cuba diseludup ke Thailand

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,560 unit pod vape yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Sekatan Jalan Raya Lalang Pepuyu, Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia kekal sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018

Malaysia kekal sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018

Malaysia merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus

Malaysia merekodkan sebanyak 33,367 kes denggi, meningkat 20.7 peratus

PKR tidak layan tekanan daripada Wong Chen

PKR tidak layan tekanan daripada Wong Chen

PGA rampas 2,560 pod vape cuba diseludup ke Thailand

PGA rampas 2,560 pod vape cuba diseludup ke Thailand

100 wakil agensi, pelajar sekolah tanam pokok bakau sebagai inisiatif lindungi pesisir pantai

100 wakil agensi, pelajar sekolah tanam pokok bakau sebagai inisiatif lindungi pesisir pantai

Kejayaan JS-SEZ berpotensi ubah corak pengundian di Johor, faktor ekonomi dijangka pengaruhi pilihan rakyat

Kejayaan JS-SEZ berpotensi ubah corak pengundian di Johor, faktor ekonomi dijangka pengaruhi pilihan rakyat