Arthur mohon maaf kepada Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU – Calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern mempamerkan kematangan politik apabila menyatakan permohonan maaf kepada kerajaan negeri selepas membuat kenyataan tidak tepat ketika diumumkan sebagai calon kerusi berkenaan, malam tadi.

Arthur yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan berkata, pihaknya turut menarik balik kenyataan yang dibuatnya ketika berucap pada Program Pelancaran Jentera DUN Bukit Batu itu.

“Setelah membuat semakan lanjut, saya dapati kenyataan bahawa ‘tiada peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk tahun ini’ adalah tidak tepat.

“Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua pihak atas kekeliruan yang timbul akibat kenyataan tersebut. Saya juga menarik balik kenyataan berkenaan dan mengakui kesilapan yang berlaku adalah tidak disengajakan,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, Arthur memaklumkan, pihaknya kesal dengan perkara tersebut dan menghargai teguran yang diterima daripada pelbagai pihak berhubung kenyataan itu.

“Saya dengan ini ingin membetulkan kesilapan dan menarik balik kenyataan berikut yang telah saya buat semasa Program Pelancaran Jentera DUN Bukit Batu berhubung isu peruntukan Kerajaan Negeri bagi tahun ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Sabtu mengumumkan Sen Sern sebagai calon mereka untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Beliau berkata, Arthur ialah calon pertama yang diumumkan daripada senarai 56 calon gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan mengekalkan Arthur telah dipersetujui oleh Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trending Hari Ini

Pada PRN lalu, Arthur yang mewakili PH-PKR berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Batu dengan memperoleh 9,439 undi dalam pertandingan empat penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Warisan.

PRN Johor ke-16 akan berlangsung 11 Julai ini manakala 27 Jun ditetapkan sebagai hari penamaan calon dan pengundian awal pada 7 Julai.

Related Posts

Ada sedikit unsur pengkhianatan di Negeri Sembilan – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud sedikit unsur ‘khianat’ dalam kerjasama politik di Negeri Sembilan yang kemudian memaksa kerajaan negeri mengadakan pilihan raya negeri (PRN) lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?

LANDSKAP kerjasama politik pembangkang dijangka menyaksikan perkembangan baharu dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang, kata Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Dr Yusri Ibrahim. Beliau berkata ia kembali menjadi perhatian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KESUMA tumpu intervensi bantu rakyat hilang kerja, perkasa daya tahan pasaran buruh

KESUMA tumpu intervensi bantu rakyat hilang kerja, perkasa daya tahan pasaran buruh

Resepi kejayaan koperasi adalah tata kelola telus, berintegriti

Resepi kejayaan koperasi adalah tata kelola telus, berintegriti

Bantuan perlu berdasarkan keperluan sebenar rakyat, bukan kaum

Bantuan perlu berdasarkan keperluan sebenar rakyat, bukan kaum

Ada sedikit unsur pengkhianatan di Negeri Sembilan – Anwar

Ada sedikit unsur pengkhianatan di Negeri Sembilan – Anwar

Keterangkuman jadi teras memperkukuh Kerajaan Perpaduan

Keterangkuman jadi teras memperkukuh Kerajaan Perpaduan

ADUN Tellian sumbang RM10,000 perkasa wanita Mukah

ADUN Tellian sumbang RM10,000 perkasa wanita Mukah