Ngiling Bidai lambang perpaduan masyarakat Sarawak

DALAT – Perayaan Hari Gawai di Sarawak bukan lagi sekadar sambutan untuk satu kaum, sebaliknya menjadi medan penting bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai budaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, keunikan Sarawak yang memiliki lebih 40 suku kaum menjadikan perayaan seumpama itu platform terbaik dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan serta persahabatan.

“Gawai Dayak bukan sekadar perayaan sesuatu kaum. Ia adalah tanda kesyukuran kepada Tuhan atas segala nikmat kehidupan, kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan yang dikurniakan kepada kita.

“Pada masa sama, ia memperkukuh keharmonian dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ngiling Bidai di Rumah Panjang Dari Anak Balin pada Sabtu.

Mengulas mengenai adat Ngiling Bidai (menggulung tikar), Royston menjelaskan bahawa tradisi masyarakat Iban itu membawa makna besar sebagai simbolik berakhirnya musim perayaan Gawai.

Menurutnya, ia juga menandakan bermulanya semula rutin harian masyarakat tempatan dengan azam yang baharu.

Tambah beliau, selepas fasa meraikan kegembiraan, masyarakat perlu kembali fokus untuk bergerak maju ke hadapan demi masa depan keluarga.

“Kini tiba masanya untuk terus maju, memperkukuh ekonomi keluarga, meningkatkan pendidikan anak-anak, mengekalkan perpaduan serta bersama-sama membangunkan komuniti,” jelasnya.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak