Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

SANDAKAN – Penggunaan janakuasa (genset) di menara telekomunikasi Bandar Letat yang didakwa menimbulkan gangguan bunyi dan pencemaran kepada peniaga serta penduduk sekitar telah dihentikan selepas aduan dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Lee berkata, pihak MCMC memaklumkan bahawa penggunaan genset berkenaan hanyalah langkah sementara sebagai bekalan sokongan (backup) sementara menunggu kelulusan bekalan elektrik daripada Sabah Electricity (SE).

Menurutnya, MCMC turut menasihatkan supaya isu pencemaran udara yang dibangkitkan dirujuk kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.

“Pada hari ini, kami dimaklumkan bahawa genset tersebut telah dihentikan penggunaannya.

“Bagaimanapun, perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya semua kelulusan dan keperluan teknikal yang berkaitan diperoleh terlebih dahulu sebelum operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Vivian berkata, pembangunan infrastruktur telekomunikasi sememangnya penting bagi meningkatkan kemudahan komunikasi rakyat, namun pelaksanaannya tidak boleh mengabaikan aspek keselesaan, kesihatan dan hak masyarakat setempat.

Katanya, semua pihak yang terlibat perlu memastikan setiap projek mematuhi syarat, peraturan serta proses kelulusan yang ditetapkan sebelum memulakan operasi.

“Pihak kami akan terus memantau perkara ini dan berharap kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak