Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya

KUANTAN – Kerajaan digesa mewujudkan mekanisme atau polisi yang jelas dalam masa terdekat bagi menangani isu pelarian etnik Rohingya yang semakin meningkat di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah berkata, setakat ini Malaysia belum mempunyai mekanisme atau polisi terhadap pelarian, sama ada pada peringkat antarabangsa mahupun nasional.

“Mekanisme atau polisi itu perlu mengandungi cara menguruskan status dan kebajikan pelarian Rohingya yang sudah berada di negara ini.

“Jika kerajaan memandang remeh dan tidak menghiraukan perkara ini, isu pelarian Rohingya tidak dapat diselesaikan dengan baik dan dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap rakyat termasuk dari sudut keselamatan, isu sosial serta ekonomi,” katanya.

Media sebelum ini mendedahkan, bilangan etnik Rohingya meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa tahun sehingga membina koloni di banyak lokasi seluruh negara.

Etnik Rohingya dari Rakhine, Myanmar bukan lagi datang sebagai pelarian atau pencari suaka, ramai yang mula mengambil alih serta menguasai pelbagai urusan termasuk aktiviti perniagaan.

Ahmad Irshadi memaklumkan, kerajaan perlu melihat kemampuan ekonomi negara yang terhad ketika ini jika terus membenarkan pelarian daripada etnik ini singgah dan berlindung di Malaysia.

“Kena ada polisi jelas jika mahu memberi peluang pekerjaan, apa jenis pekerjaan, kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak pelarian itu.

“Mekanisme atau polisi bersesuaian perlu ada ketetapan dengan memberi kawasan khas kepada pelarian terbabit supaya tidak timbul isu keselamatan dan mengganggu ketenteraman penduduk setempat,” katanya.

Beliau turut berharap kerajaan bertindak segera menyelesaikan isu lambakan pelarian Rohingya.

Katanya, lambakan etnik Rohingya itu berlaku disebabkan perasaan simpati rakyat tempatan terhadap golongan berkenaan.

“Atas sikap itu menyebabkan pelarian Rohingya mudah masuk ke Malaysia dan akhirnya mereka berasa sangat selesa, selain ditambah sikap tidak peduli pelbagai pihak yang enggan menghiraukan risiko bakal dihadapi pada masa akan datang.

“Kita perlu akui tidak ada penguatkuasaan yang benar-benar tegas daripada awal ketika proses menerima masuk pelarian itu, malah banyak pihak juga dikaburi dengan sifat terlalu memberi muka dan kasihan kepada etnik Rohingya terbabit,” katanya.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa